titian hidup ini: tekanan

andai kau kenali dunia ini.. pasti kau kenali penciptaNya..
andai kau faham suara hati ini.. pasti kau takkan sakiti hati ku lagi..

kawan2 saya

tekanan




SALAM..
hARI ni nak cakap sl stress/tekanan/ tension. Boleh dikatakan setiap hari kita ni sentiasa tekanan (tension). Tak kisah la sebab kerja ke, study ke, kewangan ke, masalah keluarga, gaduh dengan bf/gf even tension sebab kesesakan lalu lintas. Eh eh tekanan ni sebenarnya bahaya taw kalau tidak dikawal sebabnya tekanan boleh meningkatkan paras hormone kortisol. Hormone ini boleh merangsang selera makan dan menyebabkan masalah pertambahan berat badan! TIDAK……


Ni nak bagi tips sikit cara boleh redakan tekanan 
  • Jauhkan diri drpd tempat/persekitaran yg boleh beri tekanan kpd kita. Lebih baik kalau bersendirian.
  • Jaga badan dgn ambil makanan yg seimbang dan rehat secukupnya.
  • Bersenam . sebab dapat melarikan fikiran drpd duk memikirkan perkara yg membebankan! Kalau tak nak bersenam pun boleh, buatlah rajin memasak ke, kemas rumah, bilek, study dan sewaktu dengannya.
  • Belajar bertenang. Elak drpd melakukan sesuatu di luar kawalan.
  • Cerita masalah dgn orang yg boleh dipercayai. Meluahkan masalah juga adalah cara bagi meringankan tekanan.





1 comment :

CikMai said...

Kalau mai ada masalah, cara terbaik mai untuk lega adalah dengar masalah orang lain.

sekurang kurangnya mai akan sedar, bukan mai sorang diuji dalam dunia nie...