titian hidup ini: September 2012

andai kau kenali dunia ini.. pasti kau kenali penciptaNya..
andai kau faham suara hati ini.. pasti kau takkan sakiti hati ku lagi..

kawan2 saya

mereka tidak bersyukur dan lupa diri


KUALA LUMPUR, 23 Sept ― Tun Dr Mahathir Mohamad melabel orang Melayu yang “tidak bersyukur” dan “kurang berilmu” akan mengakibatkan mereka kehilangan kuasa memerintah jika Pakatan Rakyat (PR) memerintah kelak. 

Mantan perdana menteri (PM) tersebut juga meluahkan rasa kesal melihat bangsanya bergaduh sesama sendiri hanya kerana merebut kuasa. 

Saya rasa sedih melihat bangsa sendiri tidak tahu bersyukur, begitu sekali mudah lupa, begitu sekali mudah dipengaruhi dan diperalat oleh orang lain sehingga sanggup memburukkan bangsa sendiri
,” kata Dr Mahathir dalam Mingguan Malaysia, 

Dalam artikelnya lagi,
Dr Mahathir memberi peringatan kepada orang Melayu agar tidak lupa diri hingga mereka dihina lagi seperti zaman British dahulu. 

“Orang Melayu sudah lupa akan betapa hinanya mereka semasa dijajah dahulu. 
Mereka tidak pun mengakui akan nikmat yang banyak yang dinikmati oleh mereka setelah merdeka dan mereka menerajui kerajaan-kerajaan Malaysia merdeka,” katanya. 
Kemerdekaan negara dikecapi menurut Mahathir adalah hasil kekuatan orang Melayu yang menyokong Umno dan rakannya dalam Perikatan. 

Dr Mahathir juga berkata perpecahan dikalangan orang Melayu ketika ini sangat membimbangkan. 
“Sekarang orang Melayu berpecah kepada tiga kumpulan kecil yang terpaksa mengemis untuk mendapat sokongan orang lain. 

Beliau juga tidak menolak suatu hari nanti orang Melayu terpaksa mengikut telunjuk orang lain jika keadaan ini berterusan. 
“Jika mana-mana daripada parti Melayu ini memenangi pilihan raya dan mendirikan kerajaan, tak dapat tidak kerajaan ini akan terpaksa mengikuti telunjuk orang lain. 
“Melayu tidak lagi akan menjadi tunggak kepada pemerintahan negara yang mereka rela berkongsi dengan orang lain,” tambah Dr Mahathir lagi. 

Dr Mahathir mendakwa negara tidak akan mencapai kemerdekaan pada 1957 jika parti serpihan daripada ulama dalam Umno menang pilihanraya pertama semasa zaman Tunku Abdul Rahman. 
“Kumpulan pertama yang menubuh parti serpihan terdiri daripada ulama dalam Umno yang kecewa kerana permintaan mereka supaya 10 daripada mereka dicalonkan oleh Tunku Abdul Rahman ditolak olehnya dan hanya satu sahaja yang diberi kepada kumpulan ini. 
“Jika Parti Islam mendapat lebih daripada satu kerusi, nescaya kemerdekaan tidak tercapai pada 1957,” kata Mahathir lagi. 

Dr Mahathir berharap nasihat yang diberikannya menjadi panduan dan iktibar kepada orang Melayu agar perkara sama tidak berulang semasa zaman penjajahan. 

“Bangsa saya jelas tidak dapat menangani kejayaan. Bangsa saya mudah lupa. Bangsa saya tidak tahu bersyukur. 
“Bangsa saya tidak tahu mengambil iktibar daripada nasib yang menimpa kaum sebangsa yang hari ini tinggal di wilayah yang dikuasai orang lain,” katanya

sumber : 
The Malaysian Insider – Sun, Sep 23, 2012

dapatkah anda merasa apa yg saya rasa?? :'( 

tunggu lampu isyarat pun boleh maut

salam..

hari ni rasanya satu melaka dikejutkan dengan 2 kemalangan maut! pertama, kemalangan melibatkan myvi dengan lori yg bawa rokok dan minuman alkohol. insiden ni menyebabkan pemandu myvi tu maut di tempat kejadian sebelum kereta tu hangus. nak tahu lebih lanjut boleh tekan sini.


kemalangan kedua yg melibatkan 10buah kenderaan yg terdiri drpd 3lori, 3kereta dan 4motosikal. wwaktu kemalangan saya sempat tengok. memang ngeri sangat!! nak2 lagi bila tgk bomba tengah bertungkus-lumus nak keluarkan pemandu lori. siap pakai kren lagi taw. bukan satu tapi dua. kami tak pasti berapa maut, yg pasti tadi kami nampak ada dua jenazah yg bomba masukkan kt dalam lori. tragis kn? tunggu lampu isyarat pun boleh maut. malang memang tak berbau. lepas tengok ni tadi rasa seriau2 la jugak. semoga kita semua dapat mengambil ikhtibar dan sentiasa berhati-hati di jalan raya. sentiasa ingat orang tersayang. 






sumber gambar : sayangi melaka

lawatan ke rembau


them... 
antara yg datang :)


princess math :D

akma, saya dan hani :P
birthday fiqa, tp dye xde pun.. hehe

addai dan hafiz, jejaka math ;) single lg...
candid



best friends forever !!!

sometimes


Sometimes we know our mistakes
but we don't confess,

Sometimes we lose the one we love
but we never ask to start again,

Sometimes we do realize that we are hurting someone
but we never say sorry,

Sometimes we see our defeat
but we don't accept it,

Because,
sometimes we forget to consider and compromise
when we realize its importance,

So
Always do and say what You feel
before You loose someone.


cara buat layout potrait dan landscape dalam satu file microsoft word


salam..

lama betul tak update ni. serius betul-betul busy dengan assignments dan aktiviti dalam IPG. sekarang ni pun ade banyak lagi assignment yg tak submit. tengah-tengah musim asssignment ni tiba-tiba saya dapat ilmu baru. tentang cara nak buat layout potrait dan landscape dalam satu file microsoft word tu. kalau yg dah lama tu sila tutup mata ek. hehe.. saje nak berkongsi dengan kawan-kawan yg tak tahu. hurm selama ni setiap kali nak buat layout potrait dengan landscape mesti kena buat asing-asing kan. so meh saya nak ajar sikit cara mudah untuk compile layout yang berbeza ini dalam satu file.

caranya mudah saja :
1. buka microsoft word (tak kisah apa-apa tahun sekalipun)
2. pastikan cursor di page 1.
3. pergi ke menu tab cari page layout
4. klik page layout
5. pilih next page
sekarang, page section kita dah berpisah pun. jadi kalau awk nak buat page kedua tu dalam bentu landscape terus klik ke page layout > orientation >landscape

dah berjaya.. mudah kan