titian hidup ini: POLITIK ??

andai kau kenali dunia ini.. pasti kau kenali penciptaNya..
andai kau faham suara hati ini.. pasti kau takkan sakiti hati ku lagi..

kawan2 saya

POLITIK ??


Salam..

Nak cakap sal POLITIK sikit buleh tak.. Sori la lau tajuk hot sikit. Dak bawah umur x ley bace.. hehe Maklumlah, umur pun da 21tahun kan, so tak salah kalau saya nak bersuara sedikit. Erm saya tak mau tekan pasal parti sana or parti sini cuma nak sentuh sikit sal rakyat MALAYSIA ni termasuk la diri saya sendiri.

Idea ni pun muncul waktu saya dan family pergi bercuti di KELANTAN. Tak kisah la di mana-mana pun, cuma di sana saya ada mempelajari sesuatu. Oke waktu kami bercuti tu, bukan family saya je yg ada, family dr adik-beradik mak pun ada sekali, lebih kurang dalam 5buah keluarga di sana.

Dalam perjalanan nak balik dari WAKAF CHE YEH tu, tetiba abang saya cakap sal gaji menteri, oke memang tak dapat dinafikan bahawa gaji menteri dari SINGAPURA adalah gaji paling tinggi di dunia. Huhu haruslah ingat senang nak mengawal ekonomi Negara tanpa sumber yg tidak ada di Negara tersebut. Walaupun tiada sumber ekonomi mereka tetap berjalan lancar.

Bukan nak bercerita sal menteri sana, nak bercerita sal POLITIK sini. Entah macam mana tetibe tercakap sal politik MALAYSIA lak. Yang paling saya ingat sal skrg ayah sedara saya dari SINGAPORE cakap MALAYSIA sekarang terlalu taksub dengan politik. Kalau tengok Negara dia atau mana-mana Negara rakyat hanya akan membicarakan pasal politik kalau hampir dengan pilihan raya. Lepas saja pilihan raya, semua rakyat menjalankan kehidupan seharian macam biasa, takde nya nak buat demostrasi la, perhimpunan la, kutuk sana kutuk sini, cari kesalahan orang sana cari kesalahan orang sini, takde pun. Soo anda cam mana? Tak ke kita sedar memang betul pun apa yg diucapkan buktinya sekarang, nak dekat pilihan raya ke da habis pilihan raya ke mulut ni asyik nak berbicara pasal politik je, sampai bila entah nak habis. Huhu jangan tacing, sebab saya pun cam tu tak habis-habis duk cakap sal politik. Haha. Tapi tu la ambil ikhtibar oke, saya pun da malas nak ambik tahu, Cuma mengharapkan pemerintah skrg dapat mentadbir Negara dengan sebaiknya dan kita sama-sama menjaga keamanan Negara.

Saya juga setuju dengan ucapan TUN DR MAHATHIR, beliau cakap ….. KALAU RAKYAT MEMANG TAK SUKA DENGAN PEMERINTAH SEKARANG KENAPA TAK MEREKA TUNGGU JE PILIHAN RAYA DAN JUST UNDI PEMERINTAH PILIHAN SENDIRI, TAK PERLU NAK BUAT ITU BUAT INI.

SEE, betul kan apa yg beliau kata. Kalau awak tak bersetuju, sori la k ni semua luahan hati saya. Kalau boleh, saya harap da takde lagi perhimpunan, cakap buruk sana cakap buruk sini tak kisah mana-mana parti politik sekali pun. Just my HOPE n mungkin harapan anda juga..

Wassalam..






7 comments :

haz said...

btol3.. kita yang sebagai pemerhati ni pun pening tengok situasi politik negara yang tak pernah selesai. huhu

missina said...

betul tu,,kdg2 bosan dgn apa yg diorg tk puas hati tu,,ntah ape lg yg tk kena,,,hermmm

✿Lady Ainaa✿ said...

btol juga tu... knp perlu bersih ape semua ni.. aishhh.. entahlah, ena pun mls nk fikir sgt... gaduh sana, tak puas hati kt sini..menyebabkan jurang bertambah lg besar... aiyoyo

Famie Shafie said...

Bagus, saya lega kerana dapat lihat anak-anak muda yang masih sayangkan negara dan menolak aktiviti bangang pembangkang ni.

Tahniah beb.

CikMai said...

Mai pun tak selesa dgn apa dah jadi dalam negara...

semoga kita terus dalam peliharaanNya

saifulizan shaari said...

ada betul jugak sebab sekarang mmg byk politik kotor dalam malaysia...sampaikan suruhanjaya pilihanraya pun dah rakyat tak percaya..kalau semua nie adil mesti tak jadi rusuhan2 tue...

JIE [JW] said...

Salam kenal ^^ dan persahabatan, mari berkunjung dan bergabung jadi bagian dari diblog sederhana == http://jhadiwijaya-jhadiwijayablogspotcom.blogspot.com/