titian hidup ini: pendapat saya mengenai BERSIH 3.0

andai kau kenali dunia ini.. pasti kau kenali penciptaNya..
andai kau faham suara hati ini.. pasti kau takkan sakiti hati ku lagi..

kawan2 saya

pendapat saya mengenai BERSIH 3.0


assalamualaikum..

hurmm terus kepada tajuk, serius sebagai seorang rakyat MALAYSIA saya sangat berasa sedih dengan tragedi yg terjadi pada 28 April 2012 tersebut. sedih sebab ada segelintir rakyat yg sanggup bertindak ganas dan memusnahkan harta benda sehingga membuatkan nama MALAYSIA yang selama ini orang luar beranggapan MALAYSIA NEGARA AMAN tercalar angkara manusia2 yg bertindak mengikut perasaan... tidakkah mereka lupa asal usul dan sejarah dahulu kala di mana pejuang2 negara bermandi darah untuk memerdekakn negara?? jika mereka tidak suka dengan corak kepimpinan negara, banyak lagi cara yg boleh dilakukan.. bukan dengan cara bertindak sedemikian rupa..

memetik kata2 Polis Negara, Tun Mohammed Haniff Omar, apabila (berlaku) demostrasi, "mereka bawa anak2 kecil supaya akan cedera, membakar semangat masyarakat untuk mengubah minda rakyat menjadi antipolis." 

jika yg sedang membaca ney adalah salah seorang antipolis, sedarlah kamu bahawa kini minda anda telah dijajah oleh manusia2 yg inginkan negara MALAYSIA ini ditadbir oleh golongan "mereka". 

beliau berkata lagi, beliau kenal dengan ramai individu yg menyertai perhimpunan ini. mereka adalah "orang lama" yg pada seketika dahulu pernah membuat kacau sekitar tahun 70-an. mereka adalah PRO KOMUNIS, tetapi sekarang mereka mempunyai agenda tersendiri. 

sekarang saya hanya nak berfokus kepada MELAYU.. tolonglah sedar dengan setiap tindakan dan dengan siapa anda berpihak. jangan terus membuta tuli berpihak pada sesuatu pihak tanpa berfikir panjang. jangan disebabkan kata2 manis yg dibuat, negara kita sendiri tergadai. 

kita harus fikir, negara ini adalah negara yg mempunyai masyarakat berbilang bangsa. dalami terlebih dahulu sejarah dahulu kala, kemudian bertindak. ingat, bukan senang nak mendapat negara yg merdeka dan mendapat  kepercayaan drpd penjajah bahawa kita boleh mentadbir negara mengikut acuan kita sendiri. tanpa permuafakatan antara semua kaum, kita semua tidak mungkin merdeka dan masih berada dalam TANAH JAJAHAN MAHKOTA BRITISH. 

tapi, jika sesama kaum (kita) sendiri bertelagah antara satu sama lain, adakah kita dapat mempertahankan negara yg aman?? jangan hanya disebabkan sikap pentingan diri sendiri seperti mahukan mencapai satu matlamat, kita menyampaikan ideologi yg bercanggah dan dapat memporak-perandakan antara masyarakat. sayangi negara, dan jangan disebabkan sikap ini kita akan menyesal kemudian hari KERANA sekali kita melangkah ke hadapan, kita tidak mungkin dapat berundur kembali. menyesal pada ketika itu pun tidak berguna.. HIDUP MELAYU, HIDUP MALAYSIA ..

wallahualam...

1 comment :

Ayie Abas said...

ayie setuju...pendapat kita sama... :D