titian hidup ini: katakan tidak pada BAU BADAN

andai kau kenali dunia ini.. pasti kau kenali penciptaNya..
andai kau faham suara hati ini.. pasti kau takkan sakiti hati ku lagi..

kawan2 saya

katakan tidak pada BAU BADAN



salam..

rasa tak sabar nak bercerita pasal bau badan ni.. sebabnya ada sesuatu terjadi tadi. haha.. 
duduk asrama biasa la kan, macam2 jenis orang kita jumpa tak kurang juga dengan golongan yg BADAN BERBAU! saya betul2 tak tahan dgn golongan macam ni, bayangkan kalau golongan ni datang kat kita atau duduk dalam satu bilik, satu bilik tu akan berbau aroma semulajadi dia. kelakar kan?? tapi tak baik tau gelakkan orang! (saya tak gelak, tapi saya geram dan jijik!!!)

soo kat sini saya nak bagi tips sikit untuk elakkan bau badan ni! tolonglah amalkan oke... kesian kat orang sekeliling kita dan kasihanilah diri anda sendiri:'( ... mahu ke kalau ada orang mengata anda dari belakang atau gelakkan atau jijik mendekati anda..?? apa2 pun semuanya terpulang pada diri anda sendiri!! kalau taknak buat juga, tak tahulah.. bukankah menjaga kebersihan itu salah satu sunnah dari nabi kita?? dan sesungguhnya bila anda berada dalam keadaan bersih sentiasa anda akan merasa lebih selesa dan gembira dan semua orang akan lebih suka bergaul dengan anda....







1.  cuci baju bersih-bersih
kebersihan badan bermula dari dari pakaian yang kita kenakan. jangan pakai baju dua tiga kali maksudnya jangan simpan baju banyak hari! lepas pakai, terus basuh oke!! jangan jadi pemalas. extra info, lagi bagus kalau awak gunakan pencuci yg wangi contohnya attack yg detergent + softener, wangi sangat!! dan bau badan yg melekat kat baju tu akan hilang dengan jayanya! jangan kedekut nak isi sabun banyak sangat taw!! 

2. bersihkan badan atau mandi at least 2kali sehari

maksudnya kalau malas sangat nak mandi sebab takut air, at least mandi dua kali sehari. saya suggestkan pagi dan malam! pagi kena mandi sebab nak freshkan badan dan hilangkan tanda-tanda tak sepatutnya di muka. kedua, mandi petang dalam pukul 6, 7, 8 cam tu. sebabnya dari pagi tu kita banyak kerja buatkan, soo kita kena hilangkan peluh-peluh dan bakteria yg kita hasilkan tu yg menjadi punca bau badan.


3. jaga kebersihan bawah lengan
malu?? ish ish yg ni la yg paling kita kena jaga taw. sape yg ade bulu ketiak tu, jage-jage la.. jangan la malas nak potong, tak malu dgn diri sendiri ke?? kalau malas sangat g cukur, 2minit da licin. haha.. pastu kalau time mandi tu, jangan lupa pakai sabun antiseptik, cuci bawah ketiak tu!! lastly, jangan lupa pakai perfume oke. kalau nak tahu, bawah ketiak kita ni akan keluarkan peluh hasil daripada kelenjar apocrine. bila pakai perfume, bakteri takkan ada untuk melakukan proses pembusukan. jadi, kalau awk pakai perfume, peluh masih muncul, saya suggestkan baik awk tukar kepada perfume lain. mungkin perfume yg awk pakai belum cukup kuat membunuh bakteria tersebut, hihi..



4. jaga pemakanan
saya tak pasti info ni betul atau tidak. tapi apa kata kepada mereka yg mengalami masalah bau badan cuba elakkan pengambilan protein. nak ambil boleh, tapi jangan terlalu banyak. selain daripada tu elakkan dari merokok dan minum minuman keras. selalulah amalkan makan buah, sayur, dan minum air putih oke. 



di atas adalah beberapa senarai cara mengelakkan bau badan dan punca bau badan. banyak lagi cara, korang bolehlah search internet tengok petua-petua zaman dahulu kala. tapi rasanya tips yg saya bagi tu paling senang untuk diapply. kalau rasa malas juga, saya pun tak tahu nak buat apa. 






No comments :