titian hidup ini: akulturasi

andai kau kenali dunia ini.. pasti kau kenali penciptaNya..
andai kau faham suara hati ini.. pasti kau takkan sakiti hati ku lagi..

kawan2 saya

akulturasi


1.0  KONSEP AKULTURASI
Akulturasi merupakan satu proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berbeza. Akulturasi terjadi apabila satu kelompok manusia dengan kebudayaan tertentu dihadapkan dengan unsur dari suatu kebudayaan asing yang berbeza sehingga unsur kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan diolah dalam kebudayaan sendiri. Proses akulturasi berlaku apabila budaya tempatan bertembung dengan budaya asing dan kemudian berlaku proses penerimaan budaya asing tersebut sesuai dengan kehendak-kehendak tempatan sehingga tidak menghilangkan identiti budaya sendiri. Berbeza dengan proses asimilasi, proses akulturasi tidak menyebabkan kehilangan identity asal masyarakat penerima.
Budaya pula merupakan merujuk kepada ilmu pengetahuan, kepercayaan,kesenian, kesusilaan, undang-undang dan adat resam (E.B. Tylor). Secara umumnya budaya ialah cara atau gaya hidup sesebuah masyarakat atau bangsa. Ia meliputi semua aktiviti harian manusia dan juga berperanan membezakan antara bangsa-bangsa tertentu.
Dalam sejarah tamadun manusia, sering berlaku pertemuan atau pertembungan antara dua atau lebih kebudayaan. Proses ini menyebabkan berlakunya proses pinjam meminjam. Pada peringkat awal, unsur pinjaman digunakan secara langsung dan kemudian diolah serta dijadikan usur kebudayaan sendiri. Di Malaysia, beberapa kes boleh dijadikan rujukan seperti penggunaan tali leher, angpau, makanan, hiburan dan sebagainya. Tetapi, jika unsur budaya yang diambil itu tidak diolah dengan baik, pastinya tindakan ini akan memberi kesan yang tidak baik kepada sesuatu masyarakat.
Namun begitu, bukanlah mudah untuk membentuk sebuah masyarakat yang mencapai tahap akulturasi. Akulturasi lebih mudah dicapai apabila melibatkan budaya bersifat kebendaan yang mendatangkan manfaat seperti pakaian barat. Unsur-unsur budaya yang tidak berbentuk kebendaan seperti ideologi dan pemikiran adalah lebih sukar diterima.












2.0 PERKEMBANGAN PROSES AKULTURASI ANTARA KUMPULAN ETNIK DALAM KONTEKS   MASYARAKAT MALAYSIA

2.1 Zaman Kesultanan Melayu Melaka
Kesultanan Melayu Melaka diasaskan oleh Parameswara, seorang putera Srivijaya yang beragama Hindu dan berasal dari Palembang. Parameswara mengasaskan Melaka sekitar tahun 1400. Pada awalnya Melaka bukanlah sebuah kerajaan Islam. Hal ini berubah pada tahun 1409 apabila Parameswara berkahwin dengan puteri dari Pasai. Pada ketika itu, agama Islam dijadikan sebagai agama rasmi Kesultanan Melayu Melaka dan nama Parameswara ditukar kepada Sultan Muzaffar Syah.
Faktor-faktor yang menyumbang kepada Melaka menjadi sebuah negeri yang maju adalah kerana pelabuhannya terlindung daripada ancaman Monsun Barat Daya dan Monsun Timur Laut. Pedagang-pedagang dari Jawa, ArabIndia, China dan lain-lain dapat berlindung di Melaka sehinggalah keadaan selamat untuk mereka ke laut semula. Semasa pemerintahan Parameswara, ramai orang Cina menetap di Melaka, berdekatan kawasan Bukit Cina yang mempunyai feng shui yang terbaik pada masa itu.
Pada tahun 1459, Sultan Mansur Shah (1459 - 1477) telah menaiki takhta. Disebabkan kedudukan Melaka yang strategik, Melaka menjadi sebuah pangkalan luar yang penting bagi kapal-kapal. Bagi mengeratkan hubungan diplomatik dengan Melaka, Maharaja China telah menganugerahkan anaknya Puteri Hang Li Po dengan tujuan untuk dikahwinkan dengan Sultan Mansur Shah. Untuk menyambut Hang Li Po, Sultan Mansur Shah juga menghantar Tun Perpatih Putih dengan segolongan pengiring ke negeri China untuk mengiringnya. Hang Li Po tiba di Melaka pada tahun 1458 bersama-sama 500 orang pengiring.
Pemerintahannya itu berkembang dengan pesat dan menjadi sebuah pelabuhan yang terpenting di Kepulauan Melayu pada abad ke-15 dan ke-16. Tambahan pula, Melaka merupakan tempat perdagangan rempah dengan berfungsi sebagai pintu kepada negeri-negeri rempah untuk memasarkan rempah mereka. Ini dapat digambarkan menerusi Duarte Barbosa yang berkata, "Sesiapa yang menguasai Melaka, dia dapat menguasai perdagangan dunia".
Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka berterusan selama lebih satu abad sehinggalah Melaka tewas di tangan penjajah Portugis melalui pimpinan Alfonso de Albuquerque pada tahun 1511. Sultan Mahmud Shah merupakan sultan terakhir Kesultanan Melayu Melaka.















2.1.1 Contoh Akulturasi semasa Zaman Kesultanan Melayu Melaku

1. Konsep Diraja
Perkembangan kebudayaan India ke Tanah Melayu berlaku hasil daripada aktiviti perdagangan India dengan Asia Tenggara pada permulaan tahun Masihi. Salah satu akulturasi dari budaya India ini adalah konsep diraja. Pengasas Melaka iaitu Parameswara sendiri merupakan seorang yang beragama Hindu. Buktinya, sebelum kedatangan Islam ke Tanah Melayu, sistem diraja adalah bersifat Hindu-Budha. Keadaan ini adalah berdasarkan konsep ”Dewaraja”.  Warisan yang masih dikekalkan berdasarkan konsep ini ialah membesarkan keagungan dan kedudukan Raja dalam upacara pertabalan baginda.

2. Jampi dan mantera
Adat resam dan budaya masyarakat Melayu juga turut menerima pengaruh daripada agama Hindu iaitu amalan jampi dan mantera. Ini dapat dilihat daripada golongan bomoh atau dukun ketika melakukan upacara yang berkenaan. Amalan seperti melenggang perut, bertindik telinga, bersanding dan berinai serta mencecah garam dan menjejak kaki ke bumi bagi bayi dalam masyarakat Melayu juga dipengaruhi oleh amalan masyarakat India.


3. Sistem kasta
Mengikut kebudayaan Hindu  terdapat perbezaan antara lapisan masyarakat bangsawan dengan masyarkat bawahan. Oleh itu, wujudnya sistem kasta. Pengaruh ini dapat dilihat dalam struktur masyarakat dalam masyarakat Melayu juga dipengaruhi oleh sistem kasta. Sistem ini ialah susun lapis dalam masyarakat di mana terdapat pemisahan yang jelas di antara golongan atasan atau bangsawan dengan rakyat biasa. Keadaan ini membawa kepada kemunculan masyarakat feudal dalam kehidupan masyarakat Melayu.

4. Kesusasteraan
Kesan hubungan masyarakat India dengan Alam Melayu juga dapat dilihat dalam bidang kesusasteraan. Misalnya epik dan mitos India digunakan dalam kesusasteraan Melayu Lama, seperti Hikayat Merong Mahawangsa, Hikayat Seri Rama, Hikayat Pendawa Lima (berasaskanRamayana dan Mahabrata), Hikayat Kalilah dan Daminah, Hikayah Nakhkoda Muda, Hikayat Maharaja Pikrama Sakti (daripadaKathasaritsagara). Beberapa tema dan motif kesusasteraan India tertentu diserapkan ke dalam beberapa karya tradisi historiografi Melayu sebagai contoh lagenda Raja Suran yangmengembara ke negara dasar laut dan perkahwinannya dengan puteri raja kerajaan tersebut tercatat dalam Sejarah Melayu manakala jelmaan anak raja daripada buih terdapat dalam Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah dikaitkan dengan sumber kesusasteraan India tertentu.

5. Pinjaman bahasa daripada bahasa Sanskrit.
Semasa Zaman Kesultanan Melayu Melaka ini juga, kita dapat melihat akulturasi dari segi bahasa. Buktinya terdapat lebih 30% kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit diserapkan ke dalam Bahasa Melayu. Contohnya, pada batu Bersurat Kedukan Bukit (683M) terdapat kosa-kosa kata seperti sapuluh , datang, jalan, laksa dan banyak lagi.

6. Wayang kulit
Kemasukan unsur-unsur daripada epik Ramayana dan Mahabrata juga terdapat dalam seni lakon dan wayang kulit di Nusantara. Walau bagaimanapun, proses penyerapan budaya tersebut turut mengambil kira penyesuaian dan penyelarasan oleh unsur-unsur kebijaksanaan tempatan.

7. Agama Islam
Sikap golongan agama yang berakhlak seperti yang dipamerkan oleh ulama-ulama Islam di Alam Melayu memudahkan proses interaksi dan Islamisasi berlaku. Mereka berjaya memberikan tasawwur Islam yang sebenar sehingga terbentuknya pendidikan formal melalui institusi seperti pondok, pesantren, madrasah dan dayah. Kesannya, budaya Islam telah dibawa masuk ke Tanah Melyu seperti adat member salam, memakai pakaian menutup aurat seperti baju kurung, meletakkan nama-nama berasal dari perkataan Arab dan sebagainya.


8. Cara kepimpinan Islam
Dalam pada itu, interaksi tamadun juga mementingkan kebijaksanaan pemimpin. Contoh paling ketara ialah kepimpinan dalam Islam yang berteraskan‘pemimpin adalah khalifah di muka bumi’. Islam menggunskan sistem berpolitik seperti tauhid, risalah dan khalifah. Dalam politik, prinsip yang ditekankan ialah keadilan, kesamaan, syura dan akuauntabiliti. Sumber dalam politik Islam ialah Kitabu’llah dan sunnah rasul-Nya selain daripada ijtihad dan ijma’ ulama.












2.2. Zaman Penjajahan
Pada tahun 1511, Melaka jatuh ke tangan Portugis dan bermula daripada tahun inilah Tanah Melayu berada dalam era penjajahan. Selepas itu, Tanah Melayu jatuh ke tangan Belanda pada tahun 1641 dan akhirnya jatuh pula ke tangan British pada tahun 1824 melalui Perjanjian Inggeris-Belanda. Penjajahan British merupakan penjajahan paling lama. British telah mencampuri semua urusan pentadbiran Tanah Melayu yang sebelum ini diuruskan oleh Raja-Raja Melayu dengan bantuan pembesar-pembesar negeri. Campur tangan British ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan penduduk tempatan.
Beberapa individu bangkit menentang penjajah namun oleh kerana usaha mereka lebih kepada bersifat perseorangan maka penentangan tersebut dengan mudah dipatahkan oleh British. Antara tokohyang bangun menentang penjajah ialah Dol Said, Tok Janggut, Datuk Bahaman, Rentap, Datuk Maharajalela, Rosli Dobi dan beberapa tokoh yang lain.
Pada era 1920-an dan 1930-an, ramai penduduk Tanah Melayu mula mendapat pendidikan, sama ada dari Timur Tengah atau pendidikan tempatan. Hasilnya, Rahman telah memberi sinar Melayu mentadbir sendiri negaranya” muncullah golongan berpendidikan yang mula memperjuangkan semangat nasionalisme. Mereka menggunakan media seperti akhbar dan majalah untuk menyebarkan ideologi masing-masing. Terdapat dalam kalangan mereka telah membentuk persatuan seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan Kesatuan Melayu Singapura (KMS) yang bermatlamat mengusir penjajah dan membentuk kerajaan sendiri.
Ketika rakyat negara ini begitu bersemangat untuk menamatkan penjajahan, mereka dikejutkan dengan pendaratan Jepun pada penghujung tahun 1941 yang menandakan bermulanya satu lagi era penjajahan di Tanah Melayu. Jepun telah menduduki Tanah Melayu sehingga tahun 1945 sebelum menyerah kalah ekoran pengeboman Hiroshima dan Nagasaki.
Pengunduran Jepun telah memberi ruang kepada Parti Komunis Malaya (PKM) untuk menguasai Tanah Melayu. PKM telah bertindak ganas dengan membunuh dan memusnahkan harta benda awam dengan sewenangnya sehingga memaksa British mengisytiharkan darurat di Tanah Melayu (1948-1960).
Keganasan PKM tidak berjaya menakluki Tanah Melayu dan British kembali berkuasa. Sekembalinya British selepas pendudukan Jepun, mereka cuba memperkenalkan Malayan Union. Pengenalan ini telah mendapat tentangan yang hebat dan menyeluruh daripada penduduk tempatan. Pada 11 Mei 1946, penubuhan UMNO telah menyemarakkan lagi penentangan tersebut dan seterusnya menyemai bibit-bibit perjuangan ke arah berkerajaan sendiri.
Kemunculan Tunku Abdul Rahman telah memberi sinar harapan kepada perjuangan penduduk Tanah Melayu ketika itu apabila tindakannya membentuk Parti Perikatan mula membuka mata British untuk membenarkan pendudukan Tanah Melayu mentadbir sendiri negaranya.










2.2.1 Contoh Akulturasi semasa Zaman Penjajahan

1.    India Muslim
Semasa Zaman Penjajahan British, mereka telah menggalakan kemasukan buruh dari India secara beramai-ramai bagi mengusahakan ladang-ladang getah di Tanah Melayu.  Kedatangan mereka ini juga tidak dihalang oleh orang Melayu dan mendapat galakan pihak British, di samping itu orang India sudah mempunyai hubungan tradisi dengan Tanah Melayu. Kemasukan buruh India adalah melalui 3 sistem iaitu sistem buruh bebas atau merdeka, sistem kontrak dan sistem kangani. Melalui sistem buruh bebas, mereka datang dengan biaya sendiri yang diatur oleh orang atau kumpulan tertentu.
Interaksi sosial yang berlaku antara mayarakat Melayu di Alam Melayu dengan pedagang dari India telah meninggalkan kesan mendalam terhadap budaya Melayu. Perkahwinan campur antara orang berketurunan India dengan masyarakat tempatan telah membentuk sebuah masyarakat minority yang dikenali sebagai masyarakat India-Muslim.  Bukti kehadiran pedagang dari India ini ditemukan dalam catatan sejarah Melaka. Tanjung Kling di Melaka dikatakan dinamakan sedemikian oleh Portugis memandangkan terdapat ramai pekerja India yang bekerja di tempat tersebut pada masa itu. Masyarakat India-Muslim ini mengamalkan cara hidup Melayu dan mengamalkan adat-adat Melayu seperti beragama Islam, makan masakan Melayu, memakai baju kurung  dan sebagainya. Bahasa merupakan elemen terpenting dalam kehidupan masyarakat India-Muslim. Kebanyakan anggota masyarakat ini lebih gemar berbahasa Tamil untuk berinteraksi dalam kehidupan seharian.

2.    Pinjaman daripada bahasa Tamil
Terdapat juga kata pinjaman daripada bahasa Tamil iaitu konsonan retrofleks, ciri kepanjangan vokal dan penggandaan konsonan dihilangkan untuk disesuaikan dengan bahasa Melayu. Antara pinjaman bahasa daripada bahasa Tamil ialah :
Kendii - kendi
Kappal - kapal
Petti - peti

3. Baba dan Nyonya
Kedatangan Buruh dari China secara besar-besaran bermula sejak awal abad ke-19 yangkebanyakkan berasal dari wilayah selatan China seperti Kwangtung, Kwangsi dan Fukien. Kedatangan buruh ini ke Tanah Melayu adalah melalui beberapa cara seperti sistem tiket kredit, sistem pengambilan kakitangan, dan sistem pengambilan rumah kongsi. Kesan pengaruh budaya Cina ke dalam peradaban Melayu agak ketara dengan kewujudan masyarakat Baba dan Nyonya, khususnya di Melaka. Antara perkapungan komuniti ini di Melaka ialah Melaka Tengah dan Bandar Melaka antaranya Klebang Besar, Ujong Pasir, Jalan Tan Cheng Lock, Bandar Hilir, Batu berendam, Bukit Rambai di samping di Daerah Jasin, Alor Gajah, Sungai Udang dan Masjid Tanah. Sehingga tahun 1977, terdapat seramai 5,000 orang Baba di Melaka atau bersamaan 3 peratus daripada keseluruhan masyarakat Cina di Melaka  Asal usul masyarakat Baba dan Nyonya bermula dengan hubungan dan sejarah awal antara masyarakat Cina dengan penduduk tempatan khususnya orang Melayu. Ciri komuniti ini yang pada umumnya berpendidikan Inggeris jelas memperlihatkan pengaruh Melayu dari segi pemakaian dan makanan. Generasi tua masih mengekalkan pemakaian sarung dan kebaya. Masakan Nyonya mempunyai ciri kombinasi Cina dan Melayu yang unik tetapi lebih cenderung kepada masakan Melayu. Hasil daripada penyerapan budaya ini juga memberi kesan terhadap ragam bahasa yangmembentuk dialek komuniti mereka sebagai bahasa pertuturan yang dikenali bahasa Melayu Baba.

4. Cina peranakan
Kewujudan penempatan komuniti Peranakan Cina di pantai Barat dan pantai Timur Semenanjung Malaysia merupakan rentetan pertalian pedagang Cina dengan Alam Melayu. Berdasarkankajian, peranakan Cina di Kelantan kini menetap di kawasan tebing Sungai Kelantan dari KualaKerai di hulu, sehingga ke Tumpat di bahagian muaranya dan sekitar Kampung Tanah Merah di Machang. Komuniti ini telah wujud ikatan yang rapat antara orang Melayu Kelantan dengan komuniti peranakan Cina yang menyebabkan proses penyerapan budaya Melayu berlaku di kalangan mereka. Manakala penempatan komuniti ini di Terengganu di sepanjang Sungai Terengganu khususnya di Pulau Babi (kini Pulau Bahagia), Tirok dan Wakaf Tapai. Penggunaan dialek Kelantan dan Terengganu yang fasih dan baik serta jenis pakaian yang serupa antara aspek yang paling ketara. Mereka juga dapat menyesuaikan diri dengan budaya masyarakat tempatan dengan berkongsi minat yang sepunya seperti minat terhadap permainan, wayang kulit, wayang gedek, menora selain permainan mahjong, capjeki dan pakau bagi kumpulan pinggiran. Walau bagaimanapun masih terdapat kekangan penyerapan sepenuhnya golongan Peranakan ke dalam masyarakat Melayu iaitu agama. Mereka masih mengekalkan amalan kepercayaan dan budaya berasaskan warisan peninggalan nenek moyang mereka serta kepercayaan agama Buddha yang merupakan faktor yangmembezakan masyarakat mereka dengan Melayu yang menganut Islam.
5. Peranakan Jawi
Masyarakat peranakan jawi terbentuk hasil perkahwinan campur antara lelaki India-Muslim dari selatan India dengan wanita Melayu di Pulau Pinang. Seperti masyarakat Peranakan Cina atau Baba Nyonya di Melaka, bahasa Melayu merupakan bahasa perhubungan utama dalam kalangan masyarakat Peranakan Jawi. Salah satu perbezaan yang jelas antara masyarakat Peranakan Jawi dengan India-Muslim dapat dilihat dari segi penggunaan bahasa. Walaupun kedua-dua masyarakat ini beragama Islam, masyarakat Peranakan Jawi lebih gemar menggunakan bahasa Melayu berbanding dengan masyarakat India-Muslim yang lebih gemar menggunakan Bahasa Tamil.

6.  Sistem Pentadbiran
Kesan penjajahan eropah juga telah membawa perubahan terhadap politik negara dimana telah wujudnya sistem pentadbiran berasaskan pengagihan kuasa diantara tiga unsur penting iaitu; legislatif, eksekutif dan juga badan kehakiman diperkenalkan. Ini dapat dilihat dengan jelas sekali perubahan yang telah dibawa berdasarkan perbezaannya dengan pentadbiran alam melayu yang telah sedia ada iaitu, sebelum penjajahan eropah, sistem pentadbiran adalah dibawah kuasa mutlak raja-raja dimana tiada pengagihan bidang kuasa. Seperti yang dapat dilihat, perubahn di dalam pentadbiran ini, iaitu pengagihan kepada tiga bidang kuasa iaitu eksekutif, legislatif dan juga kehakiman telah diteruskan didalam operandi dan pentadbiran negara sehingga ke hari ini, dimana setiap unsur penting tersebut mempunyai bidang kuasa mereka yang tesendiri.
7. Bahasa dan kesusasteraan
Pengaruh Tamadun China ke dalam Tamadun Melayu dapat dilihat melalui serapan beberapa istilah dan perkataan Cina ke dalam bahasa Melayu, seperti berikut (Za'ba, 1962 : 275) :
(a) Makanan dan buah-buahan
Bakmi, me, mesua, cincau, kueh, bepang, taugeh, kanar, kuaci, kucai, angki (pisang kaki), tauhu, kine am (sayur kering), lai (buah), laid, teh, behon, to'yu dan samsu.
(b) Pakaian dan barang-barang dagangan
Cukin, tocang, joseh, 10’cuan, kekwa ( bunga ), koyok, cat, gimpai, gincu, tahil, koyan, ci ( 1/10 tahil ), hun ( 1/100 , I inci ), tohar, tokok, angklong, candu dan kaci.
c) Rumah dan peralatan
Loting, pangkin, ang oh,, loceng, langkan, kangka, bangsal, tongkang, jong, sampan, beca, langca, pongkis, sempua, sia, tanglong, tangsi, cawan, tekoh, ungcoi, dacing, kok ( belenggu tengkok haiwan) dan cacing.
d) Manusia dan ehwalnya
Apek, loki, nyonya, cempiang, taukeh, kongsi, kicak ,cenggeh, cine au, ampau, taijin, kuntau, gua, lu, sengse singkek, samsing, toa pekong, tokang, tekong, cuak, culai dan lancing.
e) Permainan
Ceki, pakau, capjeki, congkak, cukai dan mahjong.
2.3 Selepas Penjajahan Dan Masa Kini
Sekembalinya British selepas pendudukan Jepun, mereka cuba memperkenalkan Malayan Union. Pengenalan ini telah mendapat tentangan yang hebat dan menyeluruh daripada penduduk tempatan. Pada 11 Mei 1946, penubuhan UMNO telah menyemarakkan lagi penentangan tersebut dan seterusnya menyemai bibit-bibit perjuangan ke arah berkerajaan sendiri.
Kemunculan Tunku Abdul Rahman telah memberi sinar harapan kepada perjuangan penduduk Tanah Melayu ketika itu apabila tindakannya membentuk Parti Perikatan mula membuka mata British untuk membenarkan pendudukan Tanah Melayu mentadbir sendiri negaranya. Perpaduan antara tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India telah menampakkan hasil apabila Perjanjian London yang ditandatangani pada 8 Februari 1956 telah member petanda bahawa Tanah Meayu akan merdeka pada 31 Ogos 1957.
Setelah kemerdekaan dicapai, timbul pula masalah berhubung dengan penubuhan Malaysia yang menggabungkan Sabah, Sarawak dan Singapura. Penentangan terhadap penyatuan ini datang daripada Parti Rakyat Brunei, Indonesia dan Filipina. Walau bagaimanapun hasrat untuk membentuk sebuah negara yang dinamakan Malaysia tercapai pada 16 September 1963.






2.3.1 Contoh Akulturasi semasa Zaman Penjajahan

1. Sistem Ekonomi Campuran
Sistem ekonomi campuran merupakan satu sistem ekonomi hasil daripada campuran atara sistem kapitalis dengan sistem sosialis. Melalui sistem ini, kerajaan dan pihak persendirian atau swasta bekerjasama untuk membentuk satu pasaran yang lebih adil. Dasar-dasar kerajaan digubal secara menyeluruh dan merangkumi semua pihak termasuk pihak swasta atau persendirian. Kerajaan sebagai pentadbir walau bagaimanapun boleh campur tangan dalam pasaran serta urusan ekonomi dan kewangan apabila keadaan memerlukan.
Pada awalnya, sistem ekonomi campuran ini diamalkan di negara-negara luar seperti Jepun, India dan United Kingdom. Selepas kemerdekaan, Malaysia mula mengamalkan sistem ini bagi mentadbir ekonomi negara.
Hak milik kerajaan dan persendirian akan digembleng untuk kebaikan rakyat. Walaupun kerajaan menjadi pemilik kepada badan-badan utiliti tertentu tertentu  namun pihak swasta atau persendirian juga dibenarkan terlibat dalam kegiatan-kegiatan perniagaan yang besar serta menjadi pemilik kepada industri-industri gergasi yang penting di negara ini bahkan berbagai-bagai insentif diberikan untuk menggerakkan kegiatan sektor swasta. Malaysia adalah di antara negara yang mengamalkan sistem ekonomi campuran.

2.Dasar Perindustrian Negara
Program perindustrian di negara ini dijalankan sebagai usaha untuk mempelbagaikan ekonomi negara yang pada masa era 60-an hingga 70-an  amat bergantung kepada getah dan bijih timah. Namun kedua-dua komoditi ini tidak stabil. Oleh itu kerajaan telah melancarkan program perindustrian seperti yang pernah diamalkan oleh kerajaan British untuk mencetuskan perkembangan ekonomi yang lebih pesat dan stabil. Pada tahun 70-an, kerajaan di samping mempelbagaikan ekonomi telah menitikberatkan pertumbuhan industri yang lebih pesat untuk menampung keperluan pekerjaan dan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dalam hal ini, tumpuan telah diberikan kepada industri-industri yang berasaskan eksport dan industri yangmengunakan ramai buruh.
Pada tahun 80-an pula, program perindustrian negara mengalami satu lagi perkembangan menerusi penggalakan industri berat. Ini bertujuan untuk memperkukuhkan lagi asas perindustrian negara dan menambahkan kemahiran rakyat di bidang teknologi yang lebih tinggi. Ia juga bertujuan untuk mempercepatkan lagi proses perindustrian. Perkilangan adalah sektor baru tetapi penting dan akan bertambah tinggi kedudukannya pada tahun-tahun akan datang.

3.    Dasar Penswastaan
            Dasar penswastaan di Malaysia banyak dipengaruhi oleh kempen penswastaan antarabangsa yang bermula pada tahun 1980an, khususnya di Britain dan di Amerika Syarikat serta perkembangan pengaruh pemikiran ekonomi kanan di Barat dan galakkan agensi antarabangsa seperti bank Dunia dan Bank Pembangunan Asia (Ishak Shaari).
            Penswastaan atau penyerahan milik negara kepada sektor swasta bermaksud mengubah sesuatu perniagaan, perkhidmatan atau perusahaan daripada hak milik atau kawalan negara, kerajaan atau awam kepada hak milik atau pengendalian swasta. Istilah “penswastaan” juga merujuk kepada penggunaan kontraktor swasta untuk memberi perkhidmatan yang dahulunya disediakan oleh sektor awam.Dasar penswastaan di Malaysia bermula dengan rasmi pada tahun 1983.



4.  Islam Hadari
Pendekatan Islam Hadhari diperkenalkan kerana ia lebih lengkap dan menyeluruh berbanding pendekatan Islam secara juzi’e atau terpisah-pisah seperti Islam bersifat politik (Islam al-Siyasi), Islam bersifat tasawwuf (Islam al-Sufi) dan seumpamanya.
Islam Hadhari membawa maksud ajaran Islam yang membawa fokus kepada kehidupan untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat bertamadun dan mempunyai peradaban yang unggul bagi menghadapi cabaran alaf baru seperti ledakan maklumat, dunia tanpa sempadan, ekonomi global, budaya meterialisme, krisis identiti, jati diri serta penjajahan pemikiran.
Pendekatan Islam Hadhari, tidak menolak pentingnya aspek ritual dalam pembinaan tamadun. Ini kerana pandangan hidup, sistem nilai, kestabilan jiwa dan kemajuan rohaniah merupakan tonggak kepada pembinaan tamadun yang luhur.
Objektif Islam Hadhari adalah bagi melahirkan individu dan masyarakat yang mempunyai kekuatan spiritual (rohani), akhlak, intelektual, material, mampu berdikari, berdaya saing, melihat ke hadapan, inovatif serta cekap menangani cabaran-cabaran semasa secara bijaksana, rasional, praktikal dan damai.

5. Budaya 1Malaysia
Konsep 1 Malaysia dengan slogan “Satu Malaysia, Rakyat Didahuluka, Pencapaian Diutamakan” merupakan pendekatan baharu bagi menempa sebuah zaman baru demi menjelmakan sebuah kerajaan yang mengutamakan prestasi berpaksikan keutamaan rakyat yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak setelah dilantik sebagai perdana menteri.
Menurut beliau, konsep 1Malaysia dalam pentadbiran baharunya beerti bahawa kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia - One People dan mengambil segala tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik di Malaysia.
Pendekatan baharu ini merangkumi elemen yang jelas bagi pembinaan Negara dengan berpaksikan perpaduan dan integrasi, kepentingan rakyat dan kecemerlangan bagi melonjakkan kemajuan negara.
Pembentukan 1Malaysia merupakan wadah bagi pembinaan bangsa Malaysia yang bersatu padu dan membantu Negara ke arah mencapai  Wawasan 2020, iaitu membentuk sesebuah negara yang bersatu dan menyanjung masa hadapan yang dikongsi bersama.









5 comments :

whysoserious meyou said...

salam...mintak tolong admin share link website or reading material yang admin refer untuk tajuk akulturasi ni boleh? :) thank you for posting

Nur ILLAHI said...

asslamualaikum..syukran ya atas perkongsiannya..sangat membantu saya.mohon untuk berikan saya darimana saudari mendapatkan rujukan utk topik ini?

cahaya harapan said...

tqvm....sangat berguna untuk saya jadikan rujukan menjelang final exam...

HASMIRA NABILAH HASHIM said...

salam ...boleh tau dari sumber mana saudari refer ...mohon pencerahan

Anonymous said...

ada rujukan x? kalau asd plz reply