titian hidup ini: 2013

andai kau kenali dunia ini.. pasti kau kenali penciptaNya..
andai kau faham suara hati ini.. pasti kau takkan sakiti hati ku lagi..

kawan2 saya

doakan mak cepat sembuh

Salam..

Sekarang saya di hospital jerantut. Tiba-tiba mak kena tahan ward pulak. Masuk hari ni dah 4hari saya jaga dia. Ya Allah penat badan ni tak payah x terkata. Depan mak buat-buat oke. Taknak bagi dia tertekan. Harap dia cepat sembuh.

Masuk hospital ni macam-macam pengalaman saya dapat. Mula masuk tiba-tiba ada makcik tu nazak. Saya dapat tengok dri mula m.cik tu tenat sehingga ke akhir nafas dia. Innalillah. Then ada m.cik yg tak dijaga.. org asli yg ada penyakit kulit (kuster) penyakit ni penyakit berjangkit. Jadi nurse pun jarang sikit masuk ke dlm bilik mereka. Tapi saya dapat lihat dari kaca. Kesian memang kesiian tapi apa je yg mampu dibuat. Hanya lihat dan tolong mana yg mampu. Bg makanan yg lebih. Kalau niat kita ikhlas.. insyaAllah xde apa yg berlaku kn? Kdg2 sy slowkn kipas kalau waktu malam n kuatkan kipas kalau siang. N tutupkan lampu. Saya x faham kenapa nurse2 kat sini terlalu menampakkan sikap abai terhadap mereka. Ignore it! X boleh komen lebih2 nt ada nurse marah. Tapi walau apa pun nurse kat sini layan mak dengan baik.. thanks a lot.

Masuk hari ke4 ni saya memang terasa terlalu penat. Setiap malam tak cukup tidur sebab terjaga. Mak malam2 kadang2 batuk2.. masuk hari ke2 dan ke3 ni setiap kali batuk mak muntah2 pulak. Harap hari ke4 ni mak semakin sembuh. Doakan sekali k. Saya harap anak2 kat luar sana tu jaga la mak ayh kita selagi mereka masih ada. Dan time mereka sakit ni la menguji kita n berfikir balik macam mana payah mereka jaga kita. Kalau 4hari saya dah tak larat.. abes macam mana mak ayh saya boleh bertahan untuk jaga saya sepanjang saya hidup sebelum ni.

my mum n me 


4years and half

salam..

sekarang adalah semester break bagi pelajar-pelajar IPG. tiba-tiba terfikir cuti semester ni adalah cuti terakhir bagi BATCH JANUARY 2011. sebab kita ada satu tahun lagi untuk menghabiskan sisa-sisa kenangan di kampus. macam-macam kenangan ada. pahit, manis, sedih, tawar semua ada la. hehe yang penting setiap apa yang kita lalui tu ada hikmah dan lebih mematangkan kita. dah umur 22 kn, takkan masih nak berfikiran dan berperangai macam mula-mula masuk IPG dulu. haha

pada kawan-kawan unit MATH, seriuosly jija akan merindui korg. macam-macam kita lalui bersama kan. yang paling jija suka tentang kita semua, kita selalu share masalah dan cuba selesaikan masalah bersama-sama. ingat lagi waktu saya jadi setiusaha untuk buat BINA INSAN GURU FASA 6. YA ALLAH betul-betul banyak dugaan. sampai ke pihak atasan kita kena. tapi semuanya dapat diselesaikan sebab kita bersatu dan saling support satu sama lain kan. kalau ikut perasaan jija, memang down sangat waktu kena marah dengan mentor kita. tapi sebab ada korang, its gonna be okey. sayang sangat kat mereka.

hopefully dalam masa setahun lagi yang tinggal ni kita akan menghabiskan masa ni dengan kenangan-kenangan paling hebat yang kita boleh cipta. kalau boleh tahun depan setiap bulan kita tangkap gambar sama-sama nak tak satu kelas. jadikan tu adalah satu aktiviti wajib. hehe

miss u all


JADUAL PERLAWANAN PIALA MALAYSIA PASUKAN PAHANG

Kumpulan Piala Malaysia :
Kumpulan A : Selangor, ATM, Sime Darby, Johor FA
☞ Kumpulan B : Johor Darul Takzim, PKNS, T-Team, Felda United
☞ Kumpulan C : Kelantan, Pahang, Terengganu, N.Sembilan
☞ Kumpulan D : LionsXII, Perak, Sarawak, Kedah FA

Jadual Perlawanan Pasukan Pahang :

20 Ogos 2013
PAHANG vs. KELANTAN - Stadium Darul Makmur

24 Ogos 2013
NEGERI SEMBILAN vs. PAHANG - Stadium Paroi

27 Ogos 2013
PAHANG vs. TERENGGANU - Stadium Darul Makmur

31 Ogos 2013
TERENGGANU vs. PAHANG - Stadium Sultan Ismail

17 September 2013
PAHANG vs. NEGERI SEMBILAN  - Stadium Darul Makmur

21 September 2013
KELANTAN vs. PAHANG - Stadium Sultan Muhammad ke IV



tahniah TOK GAJAH

SALAM...

apa khabar? sihat.. hehee act sngat gembira bila fikirkan pahang ikat KELANTAN waktu first game dalam kumpulan C. alhamdulillah walaupun dapat seri, sebab kelantan mendahului lebih 50minit. sabar je la tengok, dan macam biasa.. pahang buat kejutan bila STEWART jaringkan gol. malas nak cakap banyak, tengok gambar je la sekitar perlawanan..

barisan pemain pahang..
KEEPER , yan u'r the best


barisan pemain simpanan
ALEX penaik semangat pasukan PAHANG bila masuk separuh masa kedua

jaringan oleh STEWART.. GOLLLLL!!!

Penyokong TOK GAJAH
terbaekk

penyokong TRW

COACH antara yang gembira







SINGLET SLIM CEGAH BOROI DAN KELIHATAN TEGAP

SALAM..

ada benda nak cerita, 2minggu yang lepas saya ada beli SINGLET SLIM untuk cik abg! beria betul dia nak singlet slim tu! tahu pulak takut lepas badan dia naik mendadak, nampak buncit. haha.. so dia pun suruh saya beli. biasa la, sebelum beli-beli ni saya tengok harga dan kualiti dulu. akhirnya saya pun beli dengan harga RM50. ikutkan harga pasaran RM90, tak tahu la betul ke tak. mungkin la sebab ada orang jual RM75.

jadi, 2 hari lepas buat payment cik abg dengan gembira cakap parcel dah sampai. saya ni cakap macam takde perasaan je. yela, bukan barang kita pun barang dia kan. hehe.. hari esoknya cik abg g kerja, tiba-tiba dapat mesej, dia cakap ada dalam 3orang kawan dia berminat nak beli singlet cm dia pakai tu. haha then saya terfikir, baik beli borong dapat harga murah sikit, tak gitu? dia pun terima idea saya.

jadi kat sini, saya nak promote sikit sesiapa yang nak beli slim singlet dengan cik abg saya tu boleh la tempah kat dia. alHAMDULILLAH sekarang kami dah restock kali kedua untuk singlet slim ni. ramai yang puas hati, sebab ada kawan cik abg cakap kain berbeza sikit dengan cik abg jual. kawan dia beli dulu memang la murah, tp kualiti tak sama.

jadi sesiapa yang nak tempah dengan dia, boleh sms di nombor 014-8187675, harga kami jual RM40 sahaja tapi tak termasuk pos. kualiti jangan bimbang sama je, kenapa murah? sebab kami dah beli borong, jadi dapat untung sikit-sikit sudah la.



MUDAH DIPAKAI
KAIN TIDAK GATAL DAN PANAS
TERBUKTI BERKESAN
MEMBANTU PEMBENTUKAN BADAN SASA
MENCEGAH SAKIT BELAKANG
YANG PENTING ANDA MAMPU MILIK
PRODUK HOT
SINGLET @ Pakaian dalam terbaru untuk lelaki yang ingin kelihatan tegak dan segak. Baju ini bukan sahaja untuk lelaki gemok atau berperut buncit, tetapi boleh diguna pakai oleh semua. Anda akan merasa lebih berkeyakinan dan merasa bagaikan dalam pelukan kerana baju ini akan mencekam lembut tubuh anda mengikut pergerakan penafasan anda.
Diperbuat dari kain yang berkualiti dan boleh dipakai di mana-mana sahaja.
Material : 80 Nylon + 20% Spandex
Size S ke XXL
UKURAN DADA:
S 27inci 
M 34inci
L 40inci
XL 46inci
XXL 52inci 




mereka memerlukan perhatian yang lebih

tepat pukul 1030 malam baru je selesai tanda pascaujian protim bagi subjek Matematik tahun 4. lebih mengejutkan terdapat 10orang murid 4 BESTARI iaitu kelas yang aku mengajar sekarang menjalani ujian ni. dan lebih mengejutkan tambah lagi mendukacitakan keputusan mereka sangat lemah. YA ALLAH, sungguh aku sangat terkilan dan terdetik rasa kasihan. macam mana nak belajar kalau operasi asas pun masih tak dapat nak buat. sekarang aku hanya mampu berdoa semoga mereka dipermudahkan untuk memahami konsep-konsep setiap operasi asas ini. 

kalau ikutkan hati aku ni, nak je buat kelas tambahan untuk mereka. mereka boleh buat insyaALLAH tapi memerlukan bimbingan yang lebih. namun apakan daya, aku hanya guru praktikum. apalah kuasaku, masa aku hanya terhad dalam kelas. mana lagi nak tumpu pada p&p dan murid-murid yang lain. sungguh aku sangat terkejut bila tengok keputusan ujian mereka. 

doakan aku dipermudahkan untuk mendidik mereka dalam masa yang terhad ini. sungguh aku berharap, aku dapat mengubah mereka. insyaALLAH. 

melalui perhatian saya untuk operasi tolak
- murid anggap 0-4 = 0
- x faham konsep pinjam pada puluh, ratus yang terdekat
untuk operasi bahagi :
- murid ramai yang tak boleh buat bahagi
- kes di atas, darab boleh buat tapi tak tahu nak letak mana setiap nombor-nombor darab. hmm
serius, rasa ingin mendidik mereka dan memberi lebih bimbingan sangat kuat dalam diri saya. saya tak nak mereka ketinggalan. mereka boleh buat, insyaALLAH ...





TEKANAN BERMULA APABILA MENJALANI PRAKTIKUM

Entah kenapa sangat rindu sangat dengan sekolah lama, SK AMPANG TINGGI! Kali ni dapat praktikum di SK TAMAN TUANKU JAAFAR, SEREMBAN. Mungkin disebabkan terlalu ramai guru dan murid buat aku jadi tension!

Hari ni dah masuk minggu kedua. Rasa macam otak ni dah tak betul sebab terlalu banyak benda terjadi kat sekolah tu. Bukan saje nak berhadapan dengan murid, dengan guru-guru pun!
Dah la nak melayan murid-murid yang satu kelas saje hamper 40orang, dan bukan hanya satu kelas, tapi 2 kelas. allah je tahu, macam mana nak layan mereka. Disebabkan murid-murid ni suka dengan guru baru, mereka mahukan perhatian. Nak garang sangat tak boleh jugak, setakat marah-marah mereka gelakkan kita balik ada la! Tapi Alhamdulillah, setakat ni mereka masih boleh menjaga perangai masing-masing kalau saya serius.

Yang tak tahannya sekaang, cikgu sekolah tu sendiri! Entah apa masalah mereka dengan guru praktikum ada je yang mengadu something! Disgusting tau tak! Ni tadi, baru je dapat berita guru pembimbing saya cakap, ada guru mengadu cakap kami selaku guru praktikumkurang mesra! Ya ALLAH mulut siapakah yang busuk di bulan yang mulia lagi penuh keberkatan ni! Kau ingat aku nak melayan kau sorang je ke kat sekolah tu. Aku pun banyak kerja, dengan nak kejar kelas lagi, relief lagi! Relief aje bukannya satu waktu, paling sikit 3waktu aku dapat taw! Kau boleh la duduk-duduk goyang kaki. Okey, kalau nak sangat aku mesra, xyah bagi aku kelas, xyah bagi aku relief. Jum kita berbual je boleh? Aduii sungguh buat aku naik angina je dengar, tolong la faham sikit. Dah nama GURU PRAKTIKUM , banyak kerja kami perlu buat. Masa kami terhad waktu perhimpunan je untuk bertegur, lepas waktu tu memang masing-masing dah sibuk. Mana lagi nak rancang RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN, mana lagi nak masuk kelas relief, buat jurnal, laporan, entah apa lagi la. Takkan la sebab aku tak melayan kau, nak terus mengadu. Cuba la fikir sikit. Sedih rasa bila dikatakan begitu.

Nasib baik lah aku dapat murid-murid yang mendengar kata. Biasalah dalam ramai-ramai tu ada yang nakal, tapi kadang-kadang yang nakal tu la pengubat hati dan fikiran yang tension tu. Memang aku sangat bersabar untuk pengalaman praktikum kali ni. Walaupun baru masuk 2 minggu, sungguh banyak pengalaman. Apa-apa pun memang dah tersurat tugas seorang guru tu mulia. Kalau nak lebih diberkati, mengajar je dengan ikhlas. Aku harap aku boleh jadi seorang guru yang dapat menerangi hidup setiap murid-murid ku.

keep calm and love teaching others.


sahabat

Hari ni rasa cam nak luahkan sesuatu. Sesuatu yang nak diluahkan tu ialah KAWAN. Dalam hidup ni, semua orang ada kawan kan. Mestilah saya jugak! Boleh giler taw kalau takde kawan. Kadang-kadang kita mesti perasan kan, masa kita senang, bukan main yang ramai datang pada kita. Bila kita susah? Dan bila kita memerlukan seseorang, semua pergi… semua lari… dan pada ketika ini juga, saya mula terfikir, merekakah yang pernah berjanji dengan saya tidak akan putus sahabat dahulu? Adakah janji2 tersebut betul-betul ikhlas dalam hati mereka atau sekadar janji kosong ketika waktu senang dahulu?

Semua orang perlukan kawan. Di sini, saya tak tahu siapa kawan saya. mungkin maksud saya ialah kawan susah dan senang. Saya sedih bila memikirkan saya tiada seorang sahabat yang sebegitu walaupun saya terlalu menginginkannya. Mereka datang kepada saya hanya ketika mereka susah, tapi bila saya yang susah, ada yang datang kepada saya? jawapannya memang tiada.

saya rasa terlalu sedih bila melihat karenah kawan-kawan. Kadang saya hanya berdiam diri melihat reaksi mereka. Ternyata mereka memang begitu. Saya minta maaf jika ada yang terasa hati, saya Cuma meluahkan perasaan kerana saya perlukan seseorang untuk meluahkan, jadi saya memilih meluahkan dengan cari menulis.

I know life isn't always a bed of roses. Sometimes you must face the difficulties in life, so you will be strong. you will be tough. Sometimes you must face the "danger" so Allah will give you courageous. Cukup pada saat ni. masa ni. Detik ni. Saya akan cuba cari kawan yang betul-betul sejati.

Pada dia, saya sangat berterima kasih kerana sentiasa bersama saya. jujur saya akui, awaklah yang betul-betul memahami saya dan sentiasa bersama saya dikala susah dan senang. Tanpa awak, mungkin hidup saya dah berantakan.

Untuk yang merasakan diri saya ialah kawan mereka, saya sentiasa menyayangi dan merindui semua. 

satu sahabat lebih baik daripada 1000 teman yang mementingkan diri sendiri



praktikum fasa 2

hanya mampu berkata-kata seperti :

tetap tertawa walau sebenarnya ia menangis..
tetap tersenyum walau sebenarnya ia kecewa..
tetap semangat walau sebenarnya ia tertekan..
YANG PENTING :
tetap sabar dan memandang segalanya baik-baik saja walaupun ia terluka..


di SK TAMAN TUANKU JAAFAR, sekolah kedua menjalani praktikum.. diharapkan semuanya berjalan lancar, dan diberi kekuatan dan keberkatan sepanjang berada di sekolah ini. sangat penat dan penuh dengan cabaran.  

senarai mas kahwin mengikut negeri bagi tahun 2013

untuk pengetahuan lelaki yang bakal kahwin utuk prepare duit mas kawen.. hehe 

mana-mana negeri yang tidak ditetapkan tu, jangan seronok sangat! contoh di negeri kelantan mas kawen mereka boleh mencecah sehingga RM10000 seperti mana belanja hantaran di negeri-negeri lain. info ni pun saya baru dapat tahu dalam bulan lepas dari kawan saya yang berasal dari kelantan, terkejut gak mula-mula tu. hehe.. apa-apa pun ada kebaikan jugak, yelah mas kawen tu la dapat beli emas banyak-banyak kan.. 

kalau saya, yang berasal dari pahang ni insyaALLAH, walaupun antara mas kawen paling murah di setiap negeri ingat nak niat mas kawen tu nanti buat beli kain sembahyang untuk disedekahkan ke masjid-masjid. nak ikut jejak langkah sorang hamba ALLAH tu. 

* p/s dengar kata mas kawen pahang akan dinaikkan RM150 tp prosedur untuk mendapatkan persetujuan agak rumit sebab kena bentang dengan sultan juga. hehe.. apa-apa pun tunggu je la cmne.



KITA TIDAK DITAKDIRKAN BERSAMA

hari ini saya teringatkan awak. awak yang sentiasa berada di fikiran saya walaupun saya bersama dengannya. sejak pertama kali saya kenal awak, saya tanya pada diri saya. kenapa saya sayang awak ? kenapa saya cinta awak? kenapa saya rindu awak ? kenapa saya perlukan awak? kenapa semuanya tentang awak. kenapa ? :'( 

walaupun kini hati saya dimiliki, kenapa hati dan fikiran saya masih lagi mengingati awak? bila awak buka hati awak untuk terima saya, saya bersyukur kepada tuhan. kerana beri saya kesempatan untuk memiliki awak, menyayangi awak,dan menjaga awak. dan saya berterima kasih kepada awak. sebab beri separuh kasih sayang awak pada saya. walaupun saya tak tahu sejauh mana awak sayang dan perlukan saya. bagi saya, saya sentiasa perlukan awak,dan tak pernah terdetik sekalipun, di hati dan fikiran saya. nak buang awak dari hidup saya.


tetapi kita berpisah juga. maafkan saya atas apa yang berlaku. sesungguhnya saya terlalu mengikut perasaan. jika saya bersabar dengan awak, dan tunggu perubahan awak ini semua pasti tak terjadi. saya cuma nak tanya sesuatu pada awak ? adakah apa yang saya rasa, awak turut merasa ? :'( perpisahan kita biarlah hanya kita yang tahu. 

mencintai seseorang tak bermakna memiliki dirinya, tak memiliki dirinya tak bermakna berhenti mencintainya.


semasa saya menulis semua ini, tipu kalau saya tak titikkan sezarah airmata sekalipun kerana semuanya datang dari hati saya yang ikhlas.dan semasa awak membaca semua ni, saya harap awak faham segala-galanya. saya harap kita masih berkawan walaupun saya tahu awak sudah mencuba menjauhkan diri dari saya kerana ingin menjaga hubungan saya dan dia. 




PENGALAMAN PRAKTIKUM

alhamdulillah.. kini dah selesai 3minggu berpraktikum di SEKOLAH KEBANGSAAN AMPANG TINGGI, KUALA PILAH. sepanjang 3 minggu ni memang banyak sangat pengalaman pahit dan manis yang kena tempuh. pejam celik pejam celik dah nak masuk minggu keempat iaitu minggu terakhir saya di sekolah ni. sedih la pulak nak meninggalkan murid-murid di sekolah ni lebih-lebih lagi murid-murid yang belajar dengan saya. 

kat sini, saya nak cerita satu pengalaman yang boleh jadi ikhtibar kat guru pelatih sikit. ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri. seperti biasa dapat jadual oleh GPK 1, saya dikehendaki mengajar murid tahun 4 UM (kelas pertama) dan 5 UKM (kelas kedua). mula-mula saya masuk ke kelas 4UM saya masih boleh sabar dengan perangai murid-murid kelas ni. dah masuk hari kedua dan ketiga, entah kenapa saya rasa perangai mereka menjadi-jadi. nak tahu apa perangainya?? oke, sambil saya mengajar ada yang buat bising, waktu beri lembaran kerja, ada yang tak buat, merayau-rayau dalam kelas. time ni hanya ALLAH yang tahu bertapa geram dan sedih rasa hati saya ni bila mereka buat cam tu. dah ditegur masih buat perangai macam tu. 

akhirnya hari ketiga, saya suruh mereka tutup buku dan berhenti melakukan apa-apa kerja. time ni, memang saya ambil masa meluahkan perasaan terhadap mereka. meluahkan perasaan di sini, bukan dengan memaki hamun mereka, tapi cukup dengan sekadar meluahkan perasaan dengan nada yang kesal. lepas je habis 'membebel' saya terus keluar. sebab saya tahu makin lama saya dalam kelas tu, saya takut akan menitiskan air mata depan mereka. 

akhirnya, masuk ke dalam kelas mereka hari seterusnya mereka dah semakin berubah perangai. mereka dah mula hormati saya. mungkin mereka dah tahu saya jenis macam mana. syukur sangat waktu ni. kalau tak, hari-hari masuk dalam kelas tu dan bila keluar mesti tacing sebabnya mereka seperti tak hormat saya sebagai seorang guru mereka! tapi sekarang ni semuanya dah berjalan lancar, mereka dah tak bermasalah lagi. semuanya dah boleh menurut perintah dan mereka seperti yang saya jangkakan. mereka mula faham prinsip saya, di luar boleh main-main dengan saya, tapi masuk dalam kelas tolong hormat dan time belajar, beri tumpuan dan jangan sesekali buat perangai yang masa luahkan perasaan dulu. sekarang saya dengan 4UM dah oke.. time bergurau dalam kelas boleh, tapi ada masanya. 

5UKM pulak.. hmmm  LOYAR BBURUK banyak lebih-lebih lagi yang lelaki. tapi saya suka mereka sebab time saya beri lembaran kerja memang mereka akan buat. cuma biasalah ada seorang dua orang kalau tak bagi tumpuan lebih mesti mengular! apa-apa pun pengajaran yng saya dapat masuk ke dalam kelas 5UKM, guru jangan terlalu bersikap garang. kalau boleh layan je mereka tapi time buat kerja mesti pastikan mereka buat. kalau tak, tiada layanan untuk anda. hehe.. 5UKM memang pengubat jantung saya, sebab merekalah saya rasa sedih sikit nak meninggalkan mereka.




KAMI~

tinggal satu tahun setengah lagi.. lepas tu masing-masing akan melangkah keluar dari IPG Kampus Raja Melewar. tak sangka betul! pejam celik, pejam celik dah EMPAT tahun kami belajar kat sini. banyak betul pengalaman. kat bawah ni aksi kami bila sudah bergambar. paling best bila semua kawan-kawan kelas perempuan join sama bergambar! semuanya sporting abes time ni. hihi
Aksi apa ye ni.. hehe



gambar formal..

bakal cikgu MATHS

when we say 'UUUUUUUUUUU'

ramai cakap kami satu kelas cantek2, yeke?
hehe

kau ku lepaskan


Kadang-kadang kita lepaskan si dia pergi bukan sebab kita dah tak sayang. Tapi sebab kita sayangkan dia, kita biarkan dia bahagia dengan orang yang lebih berhak utk direstui oleh keluarga tercinta ..



ANTARA AKU, KAU DAN KELUARGA

salam..

da lama tak update blog. ni pun update sebab ada masalah, dah tak tahu nak luah dekat sapa..
akhirnya setelah lama perhubungan kami, kali ni ada satu dugaan yg besar lagi hebat datang menimpa kami. entah macam mana nak diluahkan, sampai sekarang masih berdiam diri. jika mula memikirkannya, hati rasa sayu sangat dan juga rasa bersalah.

sekarang aku mula tersedar, aku rasa teruk sangat sebab kerana diriku si dia terlalu banyak berkorban. bukan sekadar bekorban wang ringgit, malah keluarga sendiri! si dia sanggup mengetepikan keluarga demiku! ya ALLAH apa aku dah buat, terukkah aku sehingga menjadikan dirinya seperti begitu? sungguh aku tak tahu dan aku tak sedar, sehingga aku dikejutkan dengan sms adiknya. aku tak tahu macam mana nak mulakan perbicaraan antara aku dan dia tentang masalah ni.

ikut kata hati, aku rasa lebih baik aku undur diri, aku dah tak sanggup menghadapi situasi begini. aku rasa mungkin si dia akan dapat perempuan yg lebih baik dan lebih disenangi utk ahli keluarga dia. kalau sesuatu terjadi antara perhubungan kami, cuma satu yg aku perlu ucapkan kepada si dia. MAAF!! susah untuk kita menjalin hubungan jika tidak direstui oleh keluarga walaupun hanya seorang. :) yg pasti seorang, tp yg lain-lain kita tak tahu, mungkin luaran suka tp dari dalam mereka tak suka. tiba-tiba sekarang aku rasa mereka semua hanya manis di muka, mereka semua berpura-pura. MAAF sekali lagi, tp hanya itu yg aku rasakan..

utk ahli keluarga mereka jika ada yg membaca, hanya kata-kata MAAF dan TERIMA KASIH ku mampu ucapkan. MAAF jika mereka merasakan aku menjarakkan si dia dengan mereka, dan MAAF jika kerana ku si dia selalu diherdik.

jika kami berpisah, HALALkan MAKAN dan MINUM ku.. maaf kan atas kesilapan dan kesalahanku. dan tolong jangan cari atau pujuk aku lagi. sungguh aku takkan berpaling ke belakang lagi.

ibu kolagen ASLI


tak perlu lagi habiskan beratus ringgit sebulan utk kecantikan apa lagi beribu ringgit!! dengan ibu kolagen asli, kulit terjamin cerah, anjal dan berseri!! malah turut menghilangkan parut jerawat dan jeragat dalam masa 4hari!!!

collagen ni sebenarnya adalah salah satu unsur dalam badan setiap kehidupan akan tetapi bila semakin meningkat usia kita semakin berkurangan collagen dalam badan kita.Peratusan hilang collagen dari badan adalah 30-40% apabila usia meningkat 30-40 tahun sel2 dalam badan tidak sekuat usia remaja termasuklah ligemen dan tulang.Jika kita amalkan suppliment collagen ini dapat membaik pulih seluruh sel badan,kulit akan kelihatan lebih sihat terutama bagi wanita yang pentingkan kecantikan pasti kulit lebih putih,lembut dan sihat.Sakit2 sendi dan tulang bagi orang yang berumur pun dapat dipulihkan.Juga dapat mengurangkan keguguran rambut dan menghilangkan masalah seperti kelumumur dan athritis (sakit lutut) ,hilangkan stress & tidur lebih lena.PURE SUPER MARINE COLLAGEN adala organic 100% marine collagen terbaik tiada bahan awet, 100% tiada bahan tambahan.Cuba anda akan berpuashati dengan hasilnya.

COLAGEN GRED AAA RM 60 IKG
COLAGEN GRED AA RM55 IKG
(HARGA TERMASUK POSTAGE)

COLAGEN GRED AAA RM15/100g
COLAGEN GRED AA RM12/100g
(postage tambah RM9)

utk tempahan hubungi sms 0145291310
;)

TESTIMONI PENGGUNA


BARU 4 HARI MENGAMALKAN MARINE COLLAGEN 
DENGAN PENGAMBILAN 4SUDU SEHARI PAGI/MALAM

DAN MENGGUNAKAN MARINE COLLAGEN SEBAGAI MASKER