tepat pukul 1030 malam baru je selesai tanda pascaujian protim bagi subjek Matematik tahun 4. lebih mengejutkan terdapat 10orang murid 4 BESTARI iaitu kelas yang aku mengajar sekarang menjalani ujian ni. dan lebih mengejutkan tambah lagi mendukacitakan keputusan mereka sangat lemah. YA ALLAH, sungguh aku sangat terkilan dan terdetik rasa kasihan. macam mana nak belajar kalau operasi asas pun masih tak dapat nak buat. sekarang aku hanya mampu berdoa semoga mereka dipermudahkan untuk memahami konsep-konsep setiap operasi asas ini.
kalau ikutkan hati aku ni, nak je buat kelas tambahan untuk mereka. mereka boleh buat insyaALLAH tapi memerlukan bimbingan yang lebih. namun apakan daya, aku hanya guru praktikum. apalah kuasaku, masa aku hanya terhad dalam kelas. mana lagi nak tumpu pada p&p dan murid-murid yang lain. sungguh aku sangat terkejut bila tengok keputusan ujian mereka.
doakan aku dipermudahkan untuk mendidik mereka dalam masa yang terhad ini. sungguh aku berharap, aku dapat mengubah mereka. insyaALLAH.
melalui perhatian saya untuk operasi tolak :- murid anggap 0-4 = 0- x faham konsep pinjam pada puluh, ratus yang terdekat
untuk operasi bahagi :- murid ramai yang tak boleh buat bahagi- kes di atas, darab boleh buat tapi tak tahu nak letak mana setiap nombor-nombor darab. hmm
serius, rasa ingin mendidik mereka dan memberi lebih bimbingan sangat kuat dalam diri saya. saya tak nak mereka ketinggalan. mereka boleh buat, insyaALLAH ...
No comments :
Post a Comment