titian hidup ini: TEKANAN BERMULA APABILA MENJALANI PRAKTIKUM

andai kau kenali dunia ini.. pasti kau kenali penciptaNya..
andai kau faham suara hati ini.. pasti kau takkan sakiti hati ku lagi..

kawan2 saya

TEKANAN BERMULA APABILA MENJALANI PRAKTIKUM

Entah kenapa sangat rindu sangat dengan sekolah lama, SK AMPANG TINGGI! Kali ni dapat praktikum di SK TAMAN TUANKU JAAFAR, SEREMBAN. Mungkin disebabkan terlalu ramai guru dan murid buat aku jadi tension!

Hari ni dah masuk minggu kedua. Rasa macam otak ni dah tak betul sebab terlalu banyak benda terjadi kat sekolah tu. Bukan saje nak berhadapan dengan murid, dengan guru-guru pun!
Dah la nak melayan murid-murid yang satu kelas saje hamper 40orang, dan bukan hanya satu kelas, tapi 2 kelas. allah je tahu, macam mana nak layan mereka. Disebabkan murid-murid ni suka dengan guru baru, mereka mahukan perhatian. Nak garang sangat tak boleh jugak, setakat marah-marah mereka gelakkan kita balik ada la! Tapi Alhamdulillah, setakat ni mereka masih boleh menjaga perangai masing-masing kalau saya serius.

Yang tak tahannya sekaang, cikgu sekolah tu sendiri! Entah apa masalah mereka dengan guru praktikum ada je yang mengadu something! Disgusting tau tak! Ni tadi, baru je dapat berita guru pembimbing saya cakap, ada guru mengadu cakap kami selaku guru praktikumkurang mesra! Ya ALLAH mulut siapakah yang busuk di bulan yang mulia lagi penuh keberkatan ni! Kau ingat aku nak melayan kau sorang je ke kat sekolah tu. Aku pun banyak kerja, dengan nak kejar kelas lagi, relief lagi! Relief aje bukannya satu waktu, paling sikit 3waktu aku dapat taw! Kau boleh la duduk-duduk goyang kaki. Okey, kalau nak sangat aku mesra, xyah bagi aku kelas, xyah bagi aku relief. Jum kita berbual je boleh? Aduii sungguh buat aku naik angina je dengar, tolong la faham sikit. Dah nama GURU PRAKTIKUM , banyak kerja kami perlu buat. Masa kami terhad waktu perhimpunan je untuk bertegur, lepas waktu tu memang masing-masing dah sibuk. Mana lagi nak rancang RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN, mana lagi nak masuk kelas relief, buat jurnal, laporan, entah apa lagi la. Takkan la sebab aku tak melayan kau, nak terus mengadu. Cuba la fikir sikit. Sedih rasa bila dikatakan begitu.

Nasib baik lah aku dapat murid-murid yang mendengar kata. Biasalah dalam ramai-ramai tu ada yang nakal, tapi kadang-kadang yang nakal tu la pengubat hati dan fikiran yang tension tu. Memang aku sangat bersabar untuk pengalaman praktikum kali ni. Walaupun baru masuk 2 minggu, sungguh banyak pengalaman. Apa-apa pun memang dah tersurat tugas seorang guru tu mulia. Kalau nak lebih diberkati, mengajar je dengan ikhlas. Aku harap aku boleh jadi seorang guru yang dapat menerangi hidup setiap murid-murid ku.

keep calm and love teaching others.


1 comment :

ada mokhtar said...

perkara biasa la tu dear.. susah nak puaskan hati orang.. lagipun u baru kat situ.. tak kenal maka tak cinta. kalau dah rapat mesti ada kenangan manis nnt. masa zaman praktikum ni memang kena mesra alam baru mudah dapat kawan..cikgu-cikgu lama tu pun pernah lalui apa yg u rasa sekarang. cuba je tegur sapa dengan diorang. confirm terlebih-lebih mudah diaorang tolong u. think positive, inshaAllah mudah semuanya.