titian hidup ini: PENGALAMAN PRAKTIKUM

andai kau kenali dunia ini.. pasti kau kenali penciptaNya..
andai kau faham suara hati ini.. pasti kau takkan sakiti hati ku lagi..

kawan2 saya

PENGALAMAN PRAKTIKUM

alhamdulillah.. kini dah selesai 3minggu berpraktikum di SEKOLAH KEBANGSAAN AMPANG TINGGI, KUALA PILAH. sepanjang 3 minggu ni memang banyak sangat pengalaman pahit dan manis yang kena tempuh. pejam celik pejam celik dah nak masuk minggu keempat iaitu minggu terakhir saya di sekolah ni. sedih la pulak nak meninggalkan murid-murid di sekolah ni lebih-lebih lagi murid-murid yang belajar dengan saya. 

kat sini, saya nak cerita satu pengalaman yang boleh jadi ikhtibar kat guru pelatih sikit. ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri. seperti biasa dapat jadual oleh GPK 1, saya dikehendaki mengajar murid tahun 4 UM (kelas pertama) dan 5 UKM (kelas kedua). mula-mula saya masuk ke kelas 4UM saya masih boleh sabar dengan perangai murid-murid kelas ni. dah masuk hari kedua dan ketiga, entah kenapa saya rasa perangai mereka menjadi-jadi. nak tahu apa perangainya?? oke, sambil saya mengajar ada yang buat bising, waktu beri lembaran kerja, ada yang tak buat, merayau-rayau dalam kelas. time ni hanya ALLAH yang tahu bertapa geram dan sedih rasa hati saya ni bila mereka buat cam tu. dah ditegur masih buat perangai macam tu. 

akhirnya hari ketiga, saya suruh mereka tutup buku dan berhenti melakukan apa-apa kerja. time ni, memang saya ambil masa meluahkan perasaan terhadap mereka. meluahkan perasaan di sini, bukan dengan memaki hamun mereka, tapi cukup dengan sekadar meluahkan perasaan dengan nada yang kesal. lepas je habis 'membebel' saya terus keluar. sebab saya tahu makin lama saya dalam kelas tu, saya takut akan menitiskan air mata depan mereka. 

akhirnya, masuk ke dalam kelas mereka hari seterusnya mereka dah semakin berubah perangai. mereka dah mula hormati saya. mungkin mereka dah tahu saya jenis macam mana. syukur sangat waktu ni. kalau tak, hari-hari masuk dalam kelas tu dan bila keluar mesti tacing sebabnya mereka seperti tak hormat saya sebagai seorang guru mereka! tapi sekarang ni semuanya dah berjalan lancar, mereka dah tak bermasalah lagi. semuanya dah boleh menurut perintah dan mereka seperti yang saya jangkakan. mereka mula faham prinsip saya, di luar boleh main-main dengan saya, tapi masuk dalam kelas tolong hormat dan time belajar, beri tumpuan dan jangan sesekali buat perangai yang masa luahkan perasaan dulu. sekarang saya dengan 4UM dah oke.. time bergurau dalam kelas boleh, tapi ada masanya. 

5UKM pulak.. hmmm  LOYAR BBURUK banyak lebih-lebih lagi yang lelaki. tapi saya suka mereka sebab time saya beri lembaran kerja memang mereka akan buat. cuma biasalah ada seorang dua orang kalau tak bagi tumpuan lebih mesti mengular! apa-apa pun pengajaran yng saya dapat masuk ke dalam kelas 5UKM, guru jangan terlalu bersikap garang. kalau boleh layan je mereka tapi time buat kerja mesti pastikan mereka buat. kalau tak, tiada layanan untuk anda. hehe.. 5UKM memang pengubat jantung saya, sebab merekalah saya rasa sedih sikit nak meninggalkan mereka.




No comments :