titian hidup ini: ANTARA AKU, KAU DAN KELUARGA

andai kau kenali dunia ini.. pasti kau kenali penciptaNya..
andai kau faham suara hati ini.. pasti kau takkan sakiti hati ku lagi..

kawan2 saya

ANTARA AKU, KAU DAN KELUARGA

salam..

da lama tak update blog. ni pun update sebab ada masalah, dah tak tahu nak luah dekat sapa..
akhirnya setelah lama perhubungan kami, kali ni ada satu dugaan yg besar lagi hebat datang menimpa kami. entah macam mana nak diluahkan, sampai sekarang masih berdiam diri. jika mula memikirkannya, hati rasa sayu sangat dan juga rasa bersalah.

sekarang aku mula tersedar, aku rasa teruk sangat sebab kerana diriku si dia terlalu banyak berkorban. bukan sekadar bekorban wang ringgit, malah keluarga sendiri! si dia sanggup mengetepikan keluarga demiku! ya ALLAH apa aku dah buat, terukkah aku sehingga menjadikan dirinya seperti begitu? sungguh aku tak tahu dan aku tak sedar, sehingga aku dikejutkan dengan sms adiknya. aku tak tahu macam mana nak mulakan perbicaraan antara aku dan dia tentang masalah ni.

ikut kata hati, aku rasa lebih baik aku undur diri, aku dah tak sanggup menghadapi situasi begini. aku rasa mungkin si dia akan dapat perempuan yg lebih baik dan lebih disenangi utk ahli keluarga dia. kalau sesuatu terjadi antara perhubungan kami, cuma satu yg aku perlu ucapkan kepada si dia. MAAF!! susah untuk kita menjalin hubungan jika tidak direstui oleh keluarga walaupun hanya seorang. :) yg pasti seorang, tp yg lain-lain kita tak tahu, mungkin luaran suka tp dari dalam mereka tak suka. tiba-tiba sekarang aku rasa mereka semua hanya manis di muka, mereka semua berpura-pura. MAAF sekali lagi, tp hanya itu yg aku rasakan..

utk ahli keluarga mereka jika ada yg membaca, hanya kata-kata MAAF dan TERIMA KASIH ku mampu ucapkan. MAAF jika mereka merasakan aku menjarakkan si dia dengan mereka, dan MAAF jika kerana ku si dia selalu diherdik.

jika kami berpisah, HALALkan MAKAN dan MINUM ku.. maaf kan atas kesilapan dan kesalahanku. dan tolong jangan cari atau pujuk aku lagi. sungguh aku takkan berpaling ke belakang lagi.

2 comments :

Merok said...

Rilek ar, kalau kau dan dia bersama belum tentu kau bahagia. Bukan jodoh.. Kalau ada rezeki, jaga hati keluarga baik-baik. :)

beta said...

Kalau kalian saling mencintai aku tidak setuju kalian brpisah,

katakanlah..
-hanya aku yg boleh mmbuatnya bahagia,
-hanya aku yg boleh mmbuatnya trsenyum jika ia sedih,
-hanya aku yg boleh bangkitkan ia tatkala ia jatuh,
-hanya aku yg boleh damaikan hatinya tatkala ia risau,
-hanya aku yg boleh menjadikan ia lelaki yg hebat..

Buktikan kalau hanya kamulah pempuan terbaik buatnya,

tidak ada kata trlambat untuk memperbaiki suatu hubungan.
Tiap orang punya silap.

Semua orang tua pasti mahukan anaknya bahgia,
maka bahgiakan dia. Jangan bebani dia.

kerana cinta itu mmberi kebahagiaan,
bukan mmberi beban.

Butuh waktu memang, tapi Percayalah mereka akan menerimamu.

Berunding dengan dia, jangan putuskan satu pihak, itu tak adil.

Tapi kalau cinta kalian ada yg berpaling,
betul kata abang Janu mungkin bukan jodoh...

Bersihkan hati, luruskan niat.

Apapun keputusan & langkah yg engkau ambil
semoga itu adalah petunjuk-Nya

Maaf jika ada kata2 Yang tak sedap.
Aku hanya ingin kamu jadi wanita hebat..

Panjang ni komen namanya juga "budak comel suka cakap" hehe..

Be happy :)