titian hidup ini: SAYA DAH JADI ISTERI

andai kau kenali dunia ini.. pasti kau kenali penciptaNya..
andai kau faham suara hati ini.. pasti kau takkan sakiti hati ku lagi..

kawan2 saya

SAYA DAH JADI ISTERI

19 SEPTEMBER 2015

saya telah sah jadi isteri dia, RAMLAN BIN DRAHMAN ..
DUGAAN?? hmm terlalu banyak sepanjang tempoh pertunangan kami. bertunang setahun lebih tipulah kalau cakap takde dugaan. sehingga sampai satu tahap perhubungan kami bagai telur di hujung tanduk.

dugaan apa? biarlah menjadi rahsia antara kami. cuma nak cakap dekat sini, kalau jodoh tu kuat datanglah dugaan besar mana pun, jika dia telah ditakdirkan oleh ALLAH sebagai suami kita, dia akan tetap jadi suami kita.

yang paling penting, salah seorang mesti mengalah dan mengaku kesilapan. buangkan EGO utk meminta maaf dan tunjuk betapa awak ingin jadikan dia sebagai pasangan hidup awak. tapi, kalau seorang lagi tak dapat utk menerima kemaafan pun turut jadi masalah.

pernah dengar perkataan GIVE n TAKE. benda ni la yg perlu kita buat kalau dah hadapi cabaran. hmm mungkin orang cakap minta maaf tu senang, menerima maaf tu yg susah. yep, kadang-kadang saya akui. nak terima kemaafan tu memang susah sangat. lebih-lebih lagi nak ikhlaskan diri untuk maafkan dia dan cuba hilangkan parut yang telah ada dalam diri kita.

kadang-kadang saya selalu berdoa pada ALLAH, supaya ikhlaskan diri saya untuk memafkan semua orang sebab kadang-kadang saya masih ingat apa yg pernah orang lakukan kt saya. huhu saya mengarut apa ni ehh?? hehe tak pe laa bia je semua ni menjadi rahsia saya dengan ALLAH. cuma doakan saya supaya dapat tempuhi rumah tangga kami dengan penuh keberkatan dan semoga kami suami isteri kekal sepanjang hayat.


1 comment :

Kostya Shaknov said...

Обнаженные: проститутки нова Одесса
Блондинка с роскошной фигурой и длинными ногами! Я само воплощение сексуальных фантазий! Приходи и мы воплотим все фантазии вместе! Женатый всегда находится в здравом уме, потому что не думает о женитьбе