titian hidup ini: sahabat

andai kau kenali dunia ini.. pasti kau kenali penciptaNya..
andai kau faham suara hati ini.. pasti kau takkan sakiti hati ku lagi..

kawan2 saya

sahabat

Hari ni rasa cam nak luahkan sesuatu. Sesuatu yang nak diluahkan tu ialah KAWAN. Dalam hidup ni, semua orang ada kawan kan. Mestilah saya jugak! Boleh giler taw kalau takde kawan. Kadang-kadang kita mesti perasan kan, masa kita senang, bukan main yang ramai datang pada kita. Bila kita susah? Dan bila kita memerlukan seseorang, semua pergi… semua lari… dan pada ketika ini juga, saya mula terfikir, merekakah yang pernah berjanji dengan saya tidak akan putus sahabat dahulu? Adakah janji2 tersebut betul-betul ikhlas dalam hati mereka atau sekadar janji kosong ketika waktu senang dahulu?

Semua orang perlukan kawan. Di sini, saya tak tahu siapa kawan saya. mungkin maksud saya ialah kawan susah dan senang. Saya sedih bila memikirkan saya tiada seorang sahabat yang sebegitu walaupun saya terlalu menginginkannya. Mereka datang kepada saya hanya ketika mereka susah, tapi bila saya yang susah, ada yang datang kepada saya? jawapannya memang tiada.

saya rasa terlalu sedih bila melihat karenah kawan-kawan. Kadang saya hanya berdiam diri melihat reaksi mereka. Ternyata mereka memang begitu. Saya minta maaf jika ada yang terasa hati, saya Cuma meluahkan perasaan kerana saya perlukan seseorang untuk meluahkan, jadi saya memilih meluahkan dengan cari menulis.

I know life isn't always a bed of roses. Sometimes you must face the difficulties in life, so you will be strong. you will be tough. Sometimes you must face the "danger" so Allah will give you courageous. Cukup pada saat ni. masa ni. Detik ni. Saya akan cuba cari kawan yang betul-betul sejati.

Pada dia, saya sangat berterima kasih kerana sentiasa bersama saya. jujur saya akui, awaklah yang betul-betul memahami saya dan sentiasa bersama saya dikala susah dan senang. Tanpa awak, mungkin hidup saya dah berantakan.

Untuk yang merasakan diri saya ialah kawan mereka, saya sentiasa menyayangi dan merindui semua. 

satu sahabat lebih baik daripada 1000 teman yang mementingkan diri sendiri



No comments :