Memanaskan
badan
Elemen
ini penting sebelum melakukan sebarang senaman atau aktiviti fizikal. Ia
bertujuan menyediakan badan secara fizikal dan mental untuk aktiviti fizikal
sekali gus mengelakkan daripada kecederaan.
Memanaskan
badan merangkumi aktiviti kardiovaskular dan senaman ringan seperti gerakan
aerobik yang mudah. Ia biasanya membabitkan aktiviti yang ingin anda lakukan
tetapi pada kadar yang lebih perlahan. Sebagai contoh, jika anda ingin berlari,
panaskan badan dengan larian yang perlahan dan jika anda ingin berenang,
mulakan dengan renangan yang ringan.
Ia
berbeza dengan regangan badan, yang paling berkesan dilakukan selepas
memanaskan badan.
Apabila
memanaskan badan, kita sebenarnya memanas atau meningkatkan suhu badan dan
otot. Ia juga meningkatkan kadar degupan jantung dan pernafasan; meningkatkan
pengedaran nutrien dan oksigen ke otot; menyediakan badan untuk kegiatan
fizikal dan memudahkan pembakaran lemak (kalori).
Lakukan
aktiviti ini kira-kira lima ke 10 minit dan diikuti regangan badan.
Menyejukkan
badan
Cara
terbaik untuk memberhentikan kereta atau basikal bukanlah dengan melanggar
tembok atau berhenti mengejut! Begitu juga dengan aktiviti menyejuk atau
merehatkan badan. Perlahankan pergerakan fizikal yang dilakukan selama
kira-kira 5-10 minit sebelum berhenti melakukan aktiviti berkenaan. Jika anda
berlari, perlahankan larian dan diakhiri dengan berjalan.
Proses
menyejukkan badan turut merangkumi aktiviti aerobik dan regangan badan.
Aktiviti ini akan membantu menurunkan kadar degupan jantung dan pernafasan ke
paras normal, mengelakkan kekejangan atau kesakitan otot, mengelakkan rasa
pening dan merehatkan otot.
Sumber: www.kidshealth.org
No comments :
Post a Comment