Salam..
Nak cakap
sal POLITIK sikit buleh tak.. Sori la lau tajuk hot sikit. Dak bawah umur x ley
bace.. hehe Maklumlah, umur pun da 21tahun kan, so tak salah kalau saya nak
bersuara sedikit. Erm saya tak mau tekan pasal parti sana or parti sini cuma
nak sentuh sikit sal rakyat MALAYSIA ni termasuk la diri saya sendiri.
Idea ni pun
muncul waktu saya dan family pergi bercuti di KELANTAN. Tak kisah la di
mana-mana pun, cuma di sana saya ada mempelajari sesuatu. Oke waktu kami
bercuti tu, bukan family saya je yg ada, family dr adik-beradik mak pun ada
sekali, lebih kurang dalam 5buah keluarga di sana.
Dalam
perjalanan nak balik dari WAKAF CHE YEH tu, tetiba abang saya cakap sal gaji
menteri, oke memang tak dapat dinafikan bahawa gaji menteri dari SINGAPURA adalah
gaji paling tinggi di dunia. Huhu haruslah ingat senang nak mengawal ekonomi
Negara tanpa sumber yg tidak ada di Negara tersebut. Walaupun tiada sumber
ekonomi mereka tetap berjalan lancar.
Bukan nak
bercerita sal menteri sana, nak bercerita sal POLITIK sini. Entah macam mana
tetibe tercakap sal politik MALAYSIA lak. Yang paling saya ingat sal skrg ayah
sedara saya dari SINGAPORE cakap MALAYSIA sekarang terlalu taksub dengan
politik. Kalau tengok Negara dia atau mana-mana Negara rakyat hanya akan membicarakan
pasal politik kalau hampir dengan pilihan raya. Lepas saja pilihan raya, semua
rakyat menjalankan kehidupan seharian macam biasa, takde nya nak buat
demostrasi la, perhimpunan la, kutuk sana kutuk sini, cari kesalahan orang sana
cari kesalahan orang sini, takde pun. Soo anda cam mana? Tak ke kita sedar
memang betul pun apa yg diucapkan buktinya sekarang, nak dekat pilihan raya ke
da habis pilihan raya ke mulut ni asyik nak berbicara pasal politik je, sampai
bila entah nak habis. Huhu jangan tacing, sebab saya pun cam tu tak habis-habis
duk cakap sal politik. Haha. Tapi tu la ambil ikhtibar oke, saya pun da malas
nak ambik tahu, Cuma mengharapkan pemerintah skrg dapat mentadbir Negara dengan
sebaiknya dan kita sama-sama menjaga keamanan Negara.
Saya juga
setuju dengan ucapan TUN DR MAHATHIR, beliau cakap ….. KALAU RAKYAT MEMANG TAK
SUKA DENGAN PEMERINTAH SEKARANG KENAPA TAK MEREKA TUNGGU JE PILIHAN RAYA DAN
JUST UNDI PEMERINTAH PILIHAN SENDIRI, TAK PERLU NAK BUAT ITU BUAT INI.
SEE, betul
kan apa yg beliau kata. Kalau awak tak bersetuju, sori la k ni semua luahan
hati saya. Kalau boleh, saya harap da takde lagi perhimpunan, cakap buruk sana
cakap buruk sini tak kisah mana-mana parti politik sekali pun. Just my HOPE n
mungkin harapan anda juga..
Wassalam..
6 comments :
btol3.. kita yang sebagai pemerhati ni pun pening tengok situasi politik negara yang tak pernah selesai. huhu
betul tu,,kdg2 bosan dgn apa yg diorg tk puas hati tu,,ntah ape lg yg tk kena,,,hermmm
btol juga tu... knp perlu bersih ape semua ni.. aishhh.. entahlah, ena pun mls nk fikir sgt... gaduh sana, tak puas hati kt sini..menyebabkan jurang bertambah lg besar... aiyoyo
Bagus, saya lega kerana dapat lihat anak-anak muda yang masih sayangkan negara dan menolak aktiviti bangang pembangkang ni.
Tahniah beb.
Mai pun tak selesa dgn apa dah jadi dalam negara...
semoga kita terus dalam peliharaanNya
ada betul jugak sebab sekarang mmg byk politik kotor dalam malaysia...sampaikan suruhanjaya pilihanraya pun dah rakyat tak percaya..kalau semua nie adil mesti tak jadi rusuhan2 tue...
Post a Comment