1.0 KONSEP AKULTURASI
Akulturasi merupakan satu proses
penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok dari sesuatu
kebudayaan lain yang berbeza. Akulturasi terjadi apabila satu kelompok manusia
dengan kebudayaan tertentu dihadapkan dengan unsur dari suatu kebudayaan asing
yang berbeza sehingga unsur kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan diolah
dalam kebudayaan sendiri. Proses akulturasi berlaku apabila budaya tempatan
bertembung dengan budaya asing dan kemudian berlaku proses penerimaan budaya
asing tersebut sesuai dengan kehendak-kehendak tempatan sehingga tidak
menghilangkan identiti budaya sendiri. Berbeza dengan proses asimilasi, proses
akulturasi tidak menyebabkan kehilangan identity asal masyarakat penerima.
Budaya pula merupakan merujuk kepada
ilmu pengetahuan, kepercayaan,kesenian, kesusilaan, undang-undang dan adat
resam (E.B. Tylor). Secara umumnya budaya ialah cara atau gaya hidup sesebuah
masyarakat atau bangsa. Ia meliputi semua aktiviti harian manusia dan juga berperanan
membezakan antara bangsa-bangsa tertentu.
Dalam sejarah tamadun manusia, sering
berlaku pertemuan atau pertembungan antara dua atau lebih kebudayaan. Proses
ini menyebabkan berlakunya proses pinjam meminjam. Pada peringkat awal, unsur
pinjaman digunakan secara langsung dan kemudian diolah serta dijadikan usur
kebudayaan sendiri. Di Malaysia, beberapa kes boleh dijadikan rujukan seperti
penggunaan tali leher, angpau, makanan, hiburan dan sebagainya. Tetapi, jika
unsur budaya yang diambil itu tidak diolah dengan baik, pastinya tindakan ini
akan memberi kesan yang tidak baik kepada sesuatu masyarakat.
Namun begitu, bukanlah mudah untuk
membentuk sebuah masyarakat yang mencapai tahap akulturasi. Akulturasi lebih
mudah dicapai apabila melibatkan budaya bersifat kebendaan yang mendatangkan
manfaat seperti pakaian barat. Unsur-unsur budaya yang tidak berbentuk
kebendaan seperti ideologi dan pemikiran adalah lebih sukar diterima.
2.0 PERKEMBANGAN PROSES AKULTURASI
ANTARA KUMPULAN ETNIK DALAM KONTEKS
MASYARAKAT MALAYSIA
2.1
Zaman Kesultanan Melayu Melaka
Kesultanan Melayu Melaka diasaskan oleh
Parameswara, seorang putera Srivijaya yang beragama Hindu dan berasal dari
Palembang. Parameswara mengasaskan Melaka sekitar tahun 1400. Pada awalnya
Melaka bukanlah sebuah kerajaan Islam.
Hal ini berubah pada tahun 1409
apabila Parameswara berkahwin dengan puteri dari Pasai. Pada
ketika itu, agama Islam dijadikan sebagai agama rasmi Kesultanan Melayu Melaka
dan nama Parameswara ditukar kepada Sultan Muzaffar Syah.
Faktor-faktor yang menyumbang kepada
Melaka menjadi sebuah negeri yang maju adalah kerana pelabuhannya terlindung
daripada ancaman Monsun Barat Daya dan Monsun
Timur Laut. Pedagang-pedagang dari Jawa, Arab, India,
China dan lain-lain dapat berlindung di Melaka sehinggalah keadaan selamat untuk
mereka ke laut semula. Semasa pemerintahan Parameswara, ramai orang Cina
menetap di Melaka, berdekatan kawasan Bukit
Cina yang
mempunyai feng shui yang terbaik pada masa
itu.
Pada tahun 1459,
Sultan Mansur Shah (1459 - 1477)
telah menaiki takhta. Disebabkan kedudukan Melaka yang strategik, Melaka
menjadi sebuah pangkalan luar yang penting bagi kapal-kapal. Bagi mengeratkan
hubungan diplomatik dengan Melaka, Maharaja China telah menganugerahkan anaknya
Puteri Hang Li Po dengan tujuan untuk
dikahwinkan dengan Sultan Mansur Shah. Untuk menyambut Hang Li Po, Sultan
Mansur Shah juga menghantar Tun Perpatih Putih dengan
segolongan pengiring ke negeri China untuk mengiringnya. Hang
Li Po tiba di Melaka pada tahun 1458 bersama-sama 500
orang pengiring.
Pemerintahannya itu berkembang dengan pesat
dan menjadi sebuah pelabuhan yang terpenting di
Kepulauan Melayu pada abad ke-15 dan ke-16. Tambahan
pula, Melaka merupakan tempat perdagangan rempah dengan
berfungsi sebagai pintu kepada negeri-negeri rempah untuk memasarkan rempah
mereka. Ini dapat digambarkan menerusi Duarte
Barbosa yang berkata, "Sesiapa yang menguasai Melaka,
dia dapat menguasai perdagangan dunia".
Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka
berterusan selama lebih satu abad sehinggalah Melaka tewas di tangan penjajah Portugis
melalui pimpinan Alfonso de Albuquerque pada
tahun 1511. Sultan Mahmud Shah merupakan
sultan terakhir Kesultanan Melayu Melaka.
2.1.1
Contoh Akulturasi semasa Zaman Kesultanan Melayu Melaku
1. Konsep Diraja
Perkembangan kebudayaan India ke Tanah
Melayu berlaku hasil daripada aktiviti perdagangan India dengan Asia Tenggara
pada permulaan tahun Masihi. Salah satu akulturasi dari budaya India ini adalah
konsep diraja. Pengasas Melaka iaitu Parameswara sendiri merupakan seorang yang
beragama Hindu. Buktinya, sebelum kedatangan Islam ke Tanah Melayu, sistem
diraja adalah bersifat Hindu-Budha. Keadaan ini adalah berdasarkan konsep
”Dewaraja”. Warisan yang masih dikekalkan berdasarkan konsep ini ialah
membesarkan keagungan dan kedudukan Raja dalam upacara pertabalan baginda.
2. Jampi dan mantera
Adat resam dan budaya masyarakat Melayu
juga turut menerima pengaruh daripada agama Hindu iaitu amalan jampi dan
mantera. Ini dapat dilihat daripada golongan bomoh atau dukun ketika melakukan
upacara yang berkenaan. Amalan seperti melenggang perut, bertindik telinga,
bersanding dan berinai serta mencecah garam dan menjejak kaki ke bumi bagi bayi
dalam masyarakat Melayu juga dipengaruhi oleh amalan masyarakat India.
3. Sistem kasta
Mengikut kebudayaan Hindu terdapat perbezaan antara lapisan masyarakat
bangsawan dengan masyarkat bawahan. Oleh itu, wujudnya sistem kasta. Pengaruh
ini dapat dilihat dalam struktur masyarakat dalam masyarakat Melayu juga
dipengaruhi oleh sistem kasta. Sistem ini ialah susun lapis
dalam masyarakat di mana terdapat pemisahan yang jelas di antara
golongan atasan atau bangsawan dengan rakyat biasa. Keadaan
ini membawa kepada kemunculan masyarakat feudal dalam kehidupan
masyarakat Melayu.
4. Kesusasteraan
Kesan hubungan masyarakat India dengan
Alam Melayu juga dapat dilihat dalam bidang kesusasteraan. Misalnya epik dan
mitos India digunakan dalam kesusasteraan Melayu Lama, seperti Hikayat Merong
Mahawangsa, Hikayat Seri Rama, Hikayat Pendawa Lima (berasaskanRamayana dan
Mahabrata), Hikayat Kalilah dan Daminah, Hikayah Nakhkoda Muda, Hikayat
Maharaja Pikrama Sakti (daripadaKathasaritsagara). Beberapa tema dan motif
kesusasteraan India tertentu diserapkan ke dalam beberapa karya tradisi
historiografi Melayu sebagai contoh lagenda Raja Suran yangmengembara ke negara
dasar laut dan perkahwinannya dengan puteri raja kerajaan tersebut tercatat
dalam Sejarah Melayu manakala jelmaan anak raja daripada buih terdapat dalam
Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah dikaitkan dengan sumber kesusasteraan
India tertentu.
5. Pinjaman bahasa daripada bahasa Sanskrit.
Semasa Zaman Kesultanan Melayu Melaka ini juga, kita
dapat melihat akulturasi dari segi bahasa. Buktinya terdapat lebih 30% kata
pinjaman daripada bahasa Sanskrit diserapkan ke dalam Bahasa Melayu. Contohnya,
pada batu Bersurat Kedukan Bukit (683M) terdapat kosa-kosa kata seperti sapuluh
, datang, jalan, laksa dan banyak lagi.
6. Wayang kulit
Kemasukan unsur-unsur daripada epik
Ramayana dan Mahabrata juga terdapat dalam seni lakon dan wayang kulit di
Nusantara. Walau bagaimanapun, proses penyerapan budaya tersebut turut
mengambil kira penyesuaian dan penyelarasan oleh unsur-unsur kebijaksanaan
tempatan.
7. Agama Islam
Sikap golongan agama yang berakhlak
seperti yang dipamerkan oleh ulama-ulama Islam di Alam Melayu memudahkan proses
interaksi dan Islamisasi berlaku. Mereka berjaya memberikan tasawwur Islam yang
sebenar sehingga terbentuknya pendidikan formal melalui institusi seperti
pondok, pesantren, madrasah dan dayah. Kesannya, budaya Islam telah dibawa
masuk ke Tanah Melyu seperti adat member salam, memakai pakaian menutup aurat
seperti baju kurung, meletakkan nama-nama berasal dari perkataan Arab dan
sebagainya.
8. Cara kepimpinan Islam
Dalam pada itu, interaksi tamadun juga
mementingkan kebijaksanaan pemimpin. Contoh paling ketara ialah kepimpinan
dalam Islam yang berteraskan‘pemimpin adalah khalifah di muka bumi’. Islam
menggunskan sistem berpolitik seperti tauhid, risalah dan khalifah. Dalam
politik, prinsip yang ditekankan ialah keadilan, kesamaan, syura dan
akuauntabiliti. Sumber dalam politik Islam ialah Kitabu’llah dan sunnah
rasul-Nya selain daripada ijtihad dan ijma’ ulama.
2.2.
Zaman Penjajahan
Pada tahun 1511, Melaka jatuh ke tangan
Portugis dan bermula daripada tahun inilah Tanah Melayu berada dalam era
penjajahan. Selepas itu, Tanah Melayu jatuh ke tangan Belanda pada tahun 1641
dan akhirnya jatuh pula ke tangan British pada tahun 1824 melalui Perjanjian
Inggeris-Belanda. Penjajahan British merupakan penjajahan paling lama. British
telah mencampuri semua urusan pentadbiran Tanah Melayu yang sebelum ini
diuruskan oleh Raja-Raja Melayu dengan bantuan pembesar-pembesar negeri. Campur
tangan British ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan
penduduk tempatan.
Beberapa individu bangkit menentang
penjajah namun oleh kerana usaha mereka lebih kepada bersifat perseorangan maka
penentangan tersebut dengan mudah dipatahkan oleh British. Antara tokohyang
bangun menentang penjajah ialah Dol Said, Tok Janggut, Datuk Bahaman, Rentap,
Datuk Maharajalela, Rosli Dobi dan beberapa tokoh yang lain.
Pada era 1920-an dan 1930-an, ramai
penduduk Tanah Melayu mula mendapat pendidikan, sama ada dari Timur Tengah atau
pendidikan tempatan. Hasilnya, Rahman telah memberi sinar Melayu mentadbir
sendiri negaranya” muncullah golongan berpendidikan yang mula memperjuangkan
semangat nasionalisme. Mereka menggunakan media seperti akhbar dan majalah
untuk menyebarkan ideologi masing-masing. Terdapat dalam kalangan mereka telah
membentuk persatuan seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan Kesatuan Melayu
Singapura (KMS) yang bermatlamat mengusir penjajah dan membentuk kerajaan
sendiri.
Ketika rakyat negara ini begitu
bersemangat untuk menamatkan penjajahan, mereka dikejutkan dengan pendaratan
Jepun pada penghujung tahun 1941 yang menandakan bermulanya satu lagi era
penjajahan di Tanah Melayu. Jepun telah menduduki Tanah Melayu sehingga tahun
1945 sebelum menyerah kalah ekoran pengeboman Hiroshima dan Nagasaki.
Pengunduran Jepun telah memberi ruang
kepada Parti Komunis Malaya (PKM) untuk menguasai Tanah Melayu. PKM telah
bertindak ganas dengan membunuh dan memusnahkan harta benda awam dengan
sewenangnya sehingga memaksa British mengisytiharkan darurat di Tanah Melayu
(1948-1960).
Keganasan PKM tidak berjaya menakluki
Tanah Melayu dan British kembali berkuasa. Sekembalinya British selepas
pendudukan Jepun, mereka cuba memperkenalkan Malayan Union. Pengenalan ini
telah mendapat tentangan yang hebat dan menyeluruh daripada penduduk tempatan.
Pada 11 Mei 1946, penubuhan UMNO telah menyemarakkan lagi penentangan tersebut
dan seterusnya menyemai bibit-bibit perjuangan ke arah berkerajaan sendiri.
Kemunculan Tunku Abdul Rahman telah
memberi sinar harapan kepada perjuangan penduduk Tanah Melayu ketika itu
apabila tindakannya membentuk Parti Perikatan mula membuka mata British untuk
membenarkan pendudukan Tanah Melayu mentadbir sendiri negaranya.
2.2.1
Contoh Akulturasi semasa Zaman Penjajahan
1.
India Muslim
Semasa Zaman Penjajahan British, mereka
telah menggalakan kemasukan buruh dari India secara beramai-ramai bagi mengusahakan
ladang-ladang getah di Tanah Melayu. Kedatangan
mereka ini juga tidak dihalang oleh orang Melayu dan mendapat galakan pihak
British, di samping itu orang India sudah mempunyai hubungan tradisi dengan
Tanah Melayu. Kemasukan buruh India adalah melalui 3 sistem iaitu sistem buruh
bebas atau merdeka, sistem kontrak dan sistem kangani. Melalui sistem buruh
bebas, mereka datang dengan biaya sendiri yang diatur oleh orang atau kumpulan
tertentu.
Interaksi sosial yang berlaku antara
mayarakat Melayu di Alam Melayu dengan pedagang dari India telah meninggalkan
kesan mendalam terhadap budaya Melayu. Perkahwinan campur antara orang
berketurunan India dengan masyarakat tempatan telah membentuk sebuah masyarakat
minority yang dikenali sebagai masyarakat India-Muslim. Bukti kehadiran pedagang dari India ini
ditemukan dalam catatan sejarah Melaka. Tanjung Kling di Melaka dikatakan
dinamakan sedemikian oleh Portugis memandangkan terdapat ramai pekerja India
yang bekerja di tempat tersebut pada masa itu. Masyarakat India-Muslim ini
mengamalkan cara hidup Melayu dan mengamalkan adat-adat Melayu seperti beragama
Islam, makan masakan Melayu, memakai baju kurung dan sebagainya. Bahasa merupakan elemen
terpenting dalam kehidupan masyarakat India-Muslim. Kebanyakan anggota
masyarakat ini lebih gemar berbahasa Tamil untuk berinteraksi dalam kehidupan
seharian.
2. Pinjaman
daripada bahasa Tamil
Terdapat juga kata pinjaman daripada
bahasa Tamil iaitu konsonan retrofleks, ciri kepanjangan vokal dan penggandaan
konsonan dihilangkan untuk disesuaikan dengan bahasa Melayu. Antara pinjaman
bahasa daripada bahasa Tamil ialah :
Kendii - kendi
Kappal - kapal
Petti - peti
3. Baba dan Nyonya
Kedatangan Buruh dari China secara
besar-besaran bermula sejak awal abad ke-19 yangkebanyakkan berasal dari
wilayah selatan China seperti Kwangtung, Kwangsi dan Fukien. Kedatangan buruh
ini ke Tanah Melayu adalah melalui beberapa cara seperti sistem tiket kredit,
sistem pengambilan kakitangan, dan sistem pengambilan rumah kongsi. Kesan
pengaruh budaya Cina ke dalam peradaban Melayu agak ketara dengan kewujudan
masyarakat Baba dan Nyonya, khususnya di Melaka. Antara perkapungan komuniti
ini di Melaka ialah Melaka Tengah dan Bandar Melaka antaranya Klebang Besar,
Ujong Pasir, Jalan Tan Cheng Lock, Bandar Hilir, Batu berendam, Bukit Rambai di
samping di Daerah Jasin, Alor Gajah, Sungai Udang dan Masjid Tanah. Sehingga
tahun 1977, terdapat seramai 5,000 orang Baba di Melaka atau bersamaan 3
peratus daripada keseluruhan masyarakat Cina di Melaka Asal usul masyarakat Baba dan Nyonya bermula
dengan hubungan dan sejarah awal antara masyarakat Cina dengan penduduk
tempatan khususnya orang Melayu. Ciri komuniti ini yang pada umumnya
berpendidikan Inggeris jelas memperlihatkan pengaruh Melayu dari segi pemakaian
dan makanan. Generasi tua masih mengekalkan pemakaian sarung dan kebaya.
Masakan Nyonya mempunyai ciri kombinasi Cina dan Melayu yang unik tetapi lebih
cenderung kepada masakan Melayu. Hasil daripada penyerapan budaya ini juga
memberi kesan terhadap ragam bahasa yangmembentuk dialek komuniti mereka
sebagai bahasa pertuturan yang dikenali bahasa Melayu Baba.
4. Cina peranakan
Kewujudan penempatan komuniti Peranakan
Cina di pantai Barat dan pantai Timur Semenanjung Malaysia merupakan rentetan
pertalian pedagang Cina dengan Alam Melayu. Berdasarkankajian, peranakan Cina
di Kelantan kini menetap di kawasan tebing Sungai Kelantan dari KualaKerai di
hulu, sehingga ke Tumpat di bahagian muaranya dan sekitar Kampung Tanah Merah
di Machang. Komuniti ini telah wujud ikatan yang rapat antara orang Melayu
Kelantan dengan komuniti peranakan Cina yang menyebabkan proses penyerapan
budaya Melayu berlaku di kalangan mereka. Manakala penempatan komuniti ini di Terengganu
di sepanjang Sungai Terengganu khususnya di Pulau Babi (kini Pulau Bahagia),
Tirok dan Wakaf Tapai. Penggunaan dialek Kelantan dan Terengganu yang fasih dan
baik serta jenis pakaian yang serupa antara aspek yang paling ketara. Mereka
juga dapat menyesuaikan diri dengan budaya masyarakat tempatan dengan berkongsi
minat yang sepunya seperti minat terhadap permainan, wayang kulit, wayang
gedek, menora selain permainan mahjong, capjeki dan pakau bagi kumpulan
pinggiran. Walau bagaimanapun masih terdapat kekangan penyerapan sepenuhnya
golongan Peranakan ke dalam masyarakat Melayu iaitu agama. Mereka masih
mengekalkan amalan kepercayaan dan budaya berasaskan warisan peninggalan nenek
moyang mereka serta kepercayaan agama Buddha yang merupakan faktor
yangmembezakan masyarakat mereka dengan Melayu yang menganut Islam.
5. Peranakan Jawi
Masyarakat peranakan jawi terbentuk hasil perkahwinan
campur antara lelaki India-Muslim dari selatan India dengan wanita Melayu di
Pulau Pinang. Seperti masyarakat Peranakan Cina atau Baba Nyonya di Melaka,
bahasa Melayu merupakan bahasa perhubungan utama dalam kalangan masyarakat Peranakan
Jawi. Salah satu perbezaan yang jelas antara masyarakat Peranakan Jawi dengan
India-Muslim dapat dilihat dari segi penggunaan bahasa. Walaupun kedua-dua
masyarakat ini beragama Islam, masyarakat Peranakan Jawi lebih gemar
menggunakan bahasa Melayu berbanding dengan masyarakat India-Muslim yang lebih
gemar menggunakan Bahasa Tamil.
6. Sistem Pentadbiran
Kesan penjajahan eropah juga telah
membawa perubahan terhadap politik negara dimana telah wujudnya sistem
pentadbiran berasaskan pengagihan kuasa diantara tiga unsur penting iaitu; legislatif,
eksekutif dan juga badan kehakiman diperkenalkan. Ini dapat dilihat dengan
jelas sekali perubahan yang telah dibawa berdasarkan perbezaannya dengan pentadbiran
alam melayu yang telah sedia ada iaitu, sebelum penjajahan eropah, sistem
pentadbiran adalah dibawah kuasa mutlak raja-raja dimana tiada pengagihan
bidang kuasa. Seperti yang dapat dilihat, perubahn di dalam pentadbiran ini,
iaitu pengagihan kepada tiga bidang kuasa iaitu eksekutif, legislatif dan juga
kehakiman telah diteruskan didalam operandi dan pentadbiran negara sehingga ke
hari ini, dimana setiap unsur penting tersebut mempunyai bidang kuasa mereka
yang tesendiri.
7. Bahasa dan kesusasteraan
Pengaruh Tamadun China ke
dalam Tamadun Melayu dapat dilihat melalui serapan beberapa istilah dan
perkataan Cina ke dalam bahasa Melayu, seperti berikut (Za'ba, 1962 : 275) :
(a) Makanan dan
buah-buahan
Bakmi,
me, mesua, cincau, kueh, bepang, taugeh, kanar, kuaci, kucai, angki (pisang
kaki), tauhu, kine am (sayur kering), lai (buah), laid, teh, behon, to'yu dan samsu.
(b) Pakaian dan
barang-barang dagangan
Cukin, tocang, joseh,
10’cuan, kekwa ( bunga ), koyok, cat, gimpai, gincu, tahil, koyan, ci ( 1/10
tahil ), hun ( 1/100 , I inci ), tohar, tokok, angklong, candu dan kaci.
c) Rumah dan peralatan
Loting, pangkin, ang oh,,
loceng, langkan, kangka, bangsal, tongkang, jong, sampan, beca, langca,
pongkis, sempua, sia, tanglong, tangsi, cawan, tekoh, ungcoi, dacing, kok (
belenggu tengkok haiwan) dan cacing.
d) Manusia dan ehwalnya
Apek, loki, nyonya,
cempiang, taukeh, kongsi, kicak ,cenggeh, cine au, ampau, taijin, kuntau, gua,
lu, sengse singkek, samsing, toa pekong, tokang, tekong, cuak, culai dan
lancing.
e) Permainan
Ceki, pakau, capjeki,
congkak, cukai dan mahjong.
2.3
Selepas Penjajahan Dan Masa Kini
Sekembalinya British selepas pendudukan
Jepun, mereka cuba memperkenalkan Malayan Union. Pengenalan ini telah mendapat
tentangan yang hebat dan menyeluruh daripada penduduk tempatan. Pada 11 Mei
1946, penubuhan UMNO telah menyemarakkan lagi penentangan tersebut dan
seterusnya menyemai bibit-bibit perjuangan ke arah berkerajaan sendiri.
Kemunculan Tunku Abdul Rahman telah
memberi sinar harapan kepada perjuangan penduduk Tanah Melayu ketika itu
apabila tindakannya membentuk Parti Perikatan mula membuka mata British untuk
membenarkan pendudukan Tanah Melayu mentadbir sendiri negaranya. Perpaduan
antara tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India telah menampakkan hasil
apabila Perjanjian London yang ditandatangani pada 8 Februari 1956 telah member
petanda bahawa Tanah Meayu akan merdeka pada 31 Ogos 1957.
Setelah kemerdekaan dicapai, timbul pula
masalah berhubung dengan penubuhan Malaysia yang menggabungkan Sabah, Sarawak
dan Singapura. Penentangan terhadap penyatuan ini datang daripada Parti Rakyat
Brunei, Indonesia dan Filipina. Walau bagaimanapun hasrat untuk membentuk
sebuah negara yang dinamakan Malaysia tercapai pada 16 September 1963.
2.3.1
Contoh Akulturasi semasa Zaman Penjajahan
1. Sistem Ekonomi Campuran
Sistem ekonomi campuran merupakan satu
sistem ekonomi hasil daripada campuran atara sistem kapitalis dengan sistem
sosialis. Melalui sistem ini, kerajaan dan pihak persendirian atau swasta
bekerjasama untuk membentuk satu pasaran yang lebih adil. Dasar-dasar kerajaan
digubal secara menyeluruh dan merangkumi semua pihak termasuk pihak swasta atau
persendirian. Kerajaan sebagai pentadbir walau bagaimanapun boleh campur tangan
dalam pasaran serta urusan ekonomi dan kewangan apabila keadaan memerlukan.
Pada awalnya, sistem ekonomi campuran
ini diamalkan di negara-negara luar seperti Jepun, India dan United Kingdom.
Selepas kemerdekaan, Malaysia mula mengamalkan sistem ini bagi mentadbir ekonomi
negara.
Hak milik kerajaan dan persendirian akan
digembleng untuk kebaikan rakyat. Walaupun kerajaan menjadi pemilik kepada
badan-badan utiliti tertentu tertentu
namun pihak swasta atau persendirian juga dibenarkan terlibat dalam
kegiatan-kegiatan perniagaan yang besar serta menjadi pemilik kepada
industri-industri gergasi yang penting di negara ini bahkan berbagai-bagai
insentif diberikan untuk menggerakkan kegiatan sektor swasta. Malaysia adalah
di antara negara yang mengamalkan sistem ekonomi campuran.
2.Dasar Perindustrian Negara
Program perindustrian di negara ini dijalankan
sebagai usaha untuk mempelbagaikan ekonomi negara yang pada masa era 60-an
hingga 70-an amat bergantung kepada
getah dan bijih timah. Namun kedua-dua komoditi ini tidak stabil. Oleh itu
kerajaan telah melancarkan program perindustrian seperti yang pernah diamalkan
oleh kerajaan British untuk mencetuskan perkembangan ekonomi yang lebih pesat
dan stabil. Pada tahun 70-an, kerajaan di samping mempelbagaikan ekonomi telah menitikberatkan
pertumbuhan industri yang lebih pesat untuk menampung keperluan pekerjaan dan
Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dalam hal ini, tumpuan telah diberikan kepada
industri-industri yang berasaskan eksport dan industri yangmengunakan ramai
buruh.
Pada tahun 80-an pula, program
perindustrian negara mengalami satu lagi perkembangan menerusi penggalakan
industri berat. Ini bertujuan untuk memperkukuhkan lagi asas perindustrian
negara dan menambahkan kemahiran rakyat di bidang teknologi yang lebih tinggi.
Ia juga bertujuan untuk mempercepatkan lagi proses perindustrian. Perkilangan
adalah sektor baru tetapi penting dan akan bertambah tinggi kedudukannya pada
tahun-tahun akan datang.
3. Dasar
Penswastaan
Dasar
penswastaan di Malaysia banyak dipengaruhi oleh kempen penswastaan antarabangsa
yang bermula pada tahun 1980an, khususnya di Britain dan di Amerika Syarikat
serta perkembangan pengaruh pemikiran ekonomi kanan di Barat dan galakkan
agensi antarabangsa seperti bank Dunia dan Bank Pembangunan Asia (Ishak Shaari).
Penswastaan
atau penyerahan milik negara kepada sektor swasta bermaksud mengubah sesuatu
perniagaan, perkhidmatan atau perusahaan daripada hak milik atau kawalan
negara, kerajaan atau awam kepada hak milik atau pengendalian swasta. Istilah
“penswastaan” juga merujuk kepada penggunaan kontraktor swasta untuk memberi
perkhidmatan yang dahulunya disediakan oleh sektor awam.Dasar penswastaan di
Malaysia bermula dengan rasmi pada tahun 1983.
4. Islam Hadari
Pendekatan Islam Hadhari diperkenalkan kerana
ia lebih lengkap dan menyeluruh berbanding pendekatan Islam secara juzi’e atau
terpisah-pisah seperti Islam bersifat politik (Islam al-Siyasi), Islam bersifat
tasawwuf (Islam al-Sufi) dan seumpamanya.
Islam Hadhari membawa maksud ajaran
Islam yang membawa fokus kepada kehidupan untuk meningkatkan kualiti hidup
masyarakat bertamadun dan mempunyai peradaban yang unggul bagi menghadapi
cabaran alaf baru seperti ledakan maklumat, dunia tanpa sempadan, ekonomi
global, budaya meterialisme, krisis identiti, jati diri serta penjajahan
pemikiran.
Pendekatan Islam Hadhari, tidak menolak
pentingnya aspek ritual dalam pembinaan tamadun. Ini kerana pandangan hidup,
sistem nilai, kestabilan jiwa dan kemajuan rohaniah merupakan tonggak kepada
pembinaan tamadun yang luhur.
Objektif Islam Hadhari adalah bagi
melahirkan individu dan masyarakat yang mempunyai kekuatan spiritual (rohani),
akhlak, intelektual, material, mampu berdikari, berdaya saing, melihat ke
hadapan, inovatif serta cekap menangani cabaran-cabaran semasa secara
bijaksana, rasional, praktikal dan damai.
5. Budaya 1Malaysia
Konsep 1 Malaysia dengan slogan “Satu
Malaysia, Rakyat Didahuluka, Pencapaian Diutamakan” merupakan pendekatan baharu
bagi menempa sebuah zaman baru demi menjelmakan sebuah kerajaan yang
mengutamakan prestasi berpaksikan keutamaan rakyat yang diperkenalkan oleh
Datuk Seri Najib Tun Razak setelah dilantik sebagai perdana menteri.
Menurut beliau, konsep 1Malaysia dalam
pentadbiran baharunya beerti bahawa kita berdiri, kita berfikir dan bertindak
sebagai bangsa Malaysia - One People dan mengambil segala tindakan berdasarkan
kehendak semua kumpulan etnik di Malaysia.
Pendekatan baharu ini merangkumi elemen
yang jelas bagi pembinaan Negara dengan berpaksikan perpaduan dan integrasi,
kepentingan rakyat dan kecemerlangan bagi melonjakkan kemajuan negara.
Pembentukan 1Malaysia merupakan wadah
bagi pembinaan bangsa Malaysia yang bersatu padu dan membantu Negara ke arah
mencapai Wawasan 2020, iaitu membentuk
sesebuah negara yang bersatu dan menyanjung masa hadapan yang dikongsi bersama.
7 comments :
salam...mintak tolong admin share link website or reading material yang admin refer untuk tajuk akulturasi ni boleh? :) thank you for posting
asslamualaikum..syukran ya atas perkongsiannya..sangat membantu saya.mohon untuk berikan saya darimana saudari mendapatkan rujukan utk topik ini?
tqvm....sangat berguna untuk saya jadikan rujukan menjelang final exam...
salam ...boleh tau dari sumber mana saudari refer ...mohon pencerahan
ada rujukan x? kalau asd plz reply
Thanks...membantu saangat untuk rujukan exam...
Saya membawa anda salam dari Asia
Saya Puan Adhiarja Bayu dari Jakarta di Indonesia, saya seorang wanita bisnis, saya telah mengimport barang dari negara lain kepada yang terburuk yang terjadi pada 11 November 2017. Saya kehilangan semua yang saya miliki untuk MMM, saya tahu beberapa dari kita telah mendengar mengenai MMM sebelum ini. Mereka membuat saya muflis, saya kehilangan semua simpanan hidup saya dan modal perniagaan, saya hampir mati tekanan darah tinggi jika bukan untuk rahmat Tuhan, saya meminta nasihat daripada beberapa orang yang menasihati saya untuk mendapatkan pinjaman yang saya bersetuju Tetapi kemudian soalan besar datang bagaimana saya mendapat pinjaman apabila saya tidak mempunyai wang untuk saya? Seorang kawan saya kemudian bersetuju untuk membantu saya dengan wang supaya saya dapat mendapatkan pinjaman, saya telah diperkenalkan kepada beberapa syarikat pinjaman dalam talian dan beberapa syarikat kewangan tetapi mereka membawa saya ke hutang lebih daripada membantu saya, saya menyerah sehingga suatu hari saya bertemu dengan kawan lama di Surabaya Indonesia. Kami adalah kawan baik di kampus, saya perlu berkongsi masa saya dengannya dan anda tidak akan percaya dia mendapat pinjaman dalam talian sebelum dia memperkenalkan saya kepada syarikat pinjaman yang sama (JULIANA LOANS COMPANY) dan itulah bagaimana saya diselamatkan. Ya, saya harus memberi keterangan di seluruh Asia dan di luar mana-mana syarikat yang akan menyelamatkan saya dari masalah kewangan seperti itu. Kerana sukar untuk percaya mendapatkan pinjaman sebesar Rp1.000.000.000 dari internet dalam waktu kurang dari 96 jam, syurga terkenal dengan begitu banyak pemberi pinjaman di luar sana yang menipu anda dari uang yang anda buat, dapatkah anda percaya saya kehilangan semua Rp17 juta teman saya memberi saya bantuan untuk mendapatkan pinjaman kira-kira Rp. 900,000,000 kepada seorang wanita Turki tanpa mendapat pinjaman.
Saya tahu sesetengah warganegara saya adalah mangsa seperti saya, jika ada yang memerlukan pinjaman, sila hubungi rakan saya HUDSON VIA SERENAHHUDSON007@gmail.com yang memperkenalkan saya kepada JULIANA PINJAMAN.
untuk maklumat, anda juga boleh menghubungi JULIANALOANS@GMAIL.COM
WHATSApp +1 (678) 881-8428
Atau emel di ADHIARJABAYU@GMAIL.COM
Post a Comment