titian hidup ini: selamat hari ibu ......

andai kau kenali dunia ini.. pasti kau kenali penciptaNya..
andai kau faham suara hati ini.. pasti kau takkan sakiti hati ku lagi..

kawan2 saya

selamat hari ibu ......

Salam for readers…

Huhu.. malam ney saya rasa sangat sensitive.. mungkin sbb terlalu byk memory yg teringat bila terkenangkan bersama mama bila teringat esok hari ibu.. kenangan suka, duka yg sentiasa saya kongsi bersama dia.. saya sgt bersyukur sbb skrg saya masih dpt melihat seorang wanita yg melahirkan, membesarkan, menjaga dan bersabar dengan karenah puterinya ini… andai kata wanita tua itu tida lagi di sisi.. apakah saya pantas meneruskan hidup di hari2 yg mendatang?? Tanpa ada lagi, seorang yg perlu saya memangil dengan panggilan ma…tanpa ada lagi seorang yang dapat penuhi kehendak saya, tanpa ada lagi seseorang yang peluk  saya dengan penuh kasih sayang dan tanpa ada lagi seorang yg betul2 bersabar dan memahami diri ini…

khas tuk mama

Ma….
MA kasihmu xkn mungin saya lupakan.. Cuma kadang kala diri ini terlalu leka dengan duniawi sehingga sanggup mengabaikanmu nasihat yg diberi olehmu dan sehingga sanggup mencalarkan hati mu yang suci itu.. layakkah saya menjadi anak MA?? MA sentisa mendoakan kesejahteraan puterimu ini biarpun diri ini sedang lena dalam tidur.. air mata ini menitis bila terkenangkan MA..kasih sayang MA tidak setanding sayangnya saya kepada MA.. tatkala diri ini dalam kesedihan, ma sentisa disisi menemani saya.. tatkala saya memberontak inginkan sesuatu, ma berusaha mendapatkannya.. MA apakah pantas untuk saya melakukan seperti ma lakukan ini tatkala ma memerlukan diri ini kelak??  

MA…
Ampunkan anak mu ini…ampunkan setiap dosaku terhadap dirimu… ku sujud pada mu MA.. MA saya berjanji menjaga kebahagian ma.. saya terlalu menyanyangi dirimu dan tidak ingin melihat air mata ma jatuh diatas kesedihan ma terhadap anakmu ini kerana MA seorang wanita yang terhebat did lm dunia ini…. Saya sayang ma sgt2.. mmuahhh

puisi khas tuk mama...
Kedut pada wajahmu ibu
Adalah liku perjalanan hidupmu..
Dalam mewarnai sebuah erti kehidupan..
Dengan kesabaran serta kasih sayangmu
Aku telah dewasa dalam belaianmu
Lalu.. kau menidurkanku dalam pelukanmu..
Ibu..
Walau airmatamu mengiringi kedewasaanku
Tetapi dirimu mampu tersenyum dalam senandung dukamu..
Ibu...
jasamu tidak terbalas .. jasamu tidak terbeli…
jasamu tiada akhirjasamu terlukis indah di dalam syurga …
Ibu...
hanya doa yang dapat kupersembahkan untukmu
kerana jasamu tiada terbalas
ku terlalu menyayangi dirimu..

p/s luahan ney telah dibuat dlm bentuk surat khas tuk ma .. then nk bg sblm blik ke maktab esok.. sy syg mak sy sgt2.............

No comments :