kerana aku wanita ingin disayangi itu fitrah diriku
kerana aku wanita mudah terpikat dengan keindahan akhlak seorang lelaki
kerana aku wanita emosiku selalu mengatasi logik akalku
kerana aku wanita air mata teman setiaku
kerana aku wanita sensitivitiku terhadap sesuatu amat tinggi
DAN..
kerana aku wanita aku damba pertolongan darimu Adam
peliharalah bicaramu denganku jangan bermain kata denganku takut rosak hatiku
kerana aku wanita akhlakmu ukuran dimataku
peliharalah akhlakmu dan imanmu jangan kau burukkan darjatmu pada mataku takut rosak thiqohmu
kerana aku wanita maka peliharalah susunan kata-katamu
kerana aku mudah terasa namun aku bukan lemah sekadar ingin kau tahu hati ini mudah tercalar
kerana aku wanita peliharalah dirimu dari mencemuhku
saat titisan jernih mengalir dari mataku kerana itu cara untukku meluahkan perasaanku supaya hatiku tenang kembali
kerana aku wanita aku memang sangat peka
maka fahamilah kecerewetanku ada sebabnya
WAHAI ADAM,
kalau kau sangka berpakaian selekeh itu 'cool', hakikatnya kau begitu jelek pada pandangan kami.
andai kau rasa 'usha' itu tanda kejantanan, darjat mu telah jatuh pada pandangan kami
jika kau fikir hidup membelakangkan agama itu kemodenan, maka tiada lagi hormat untukmu dari kami.
BY HASNANI MUAN
No comments :
Post a Comment