titian hidup ini

andai kau kenali dunia ini.. pasti kau kenali penciptaNya..
andai kau faham suara hati ini.. pasti kau takkan sakiti hati ku lagi..

kawan2 saya

senarai mas kahwin mengikut negeri bagi tahun 2013

untuk pengetahuan lelaki yang bakal kahwin utuk prepare duit mas kawen.. hehe 

mana-mana negeri yang tidak ditetapkan tu, jangan seronok sangat! contoh di negeri kelantan mas kawen mereka boleh mencecah sehingga RM10000 seperti mana belanja hantaran di negeri-negeri lain. info ni pun saya baru dapat tahu dalam bulan lepas dari kawan saya yang berasal dari kelantan, terkejut gak mula-mula tu. hehe.. apa-apa pun ada kebaikan jugak, yelah mas kawen tu la dapat beli emas banyak-banyak kan.. 

kalau saya, yang berasal dari pahang ni insyaALLAH, walaupun antara mas kawen paling murah di setiap negeri ingat nak niat mas kawen tu nanti buat beli kain sembahyang untuk disedekahkan ke masjid-masjid. nak ikut jejak langkah sorang hamba ALLAH tu. 

* p/s dengar kata mas kawen pahang akan dinaikkan RM150 tp prosedur untuk mendapatkan persetujuan agak rumit sebab kena bentang dengan sultan juga. hehe.. apa-apa pun tunggu je la cmne.



KITA TIDAK DITAKDIRKAN BERSAMA

hari ini saya teringatkan awak. awak yang sentiasa berada di fikiran saya walaupun saya bersama dengannya. sejak pertama kali saya kenal awak, saya tanya pada diri saya. kenapa saya sayang awak ? kenapa saya cinta awak? kenapa saya rindu awak ? kenapa saya perlukan awak? kenapa semuanya tentang awak. kenapa ? :'( 

walaupun kini hati saya dimiliki, kenapa hati dan fikiran saya masih lagi mengingati awak? bila awak buka hati awak untuk terima saya, saya bersyukur kepada tuhan. kerana beri saya kesempatan untuk memiliki awak, menyayangi awak,dan menjaga awak. dan saya berterima kasih kepada awak. sebab beri separuh kasih sayang awak pada saya. walaupun saya tak tahu sejauh mana awak sayang dan perlukan saya. bagi saya, saya sentiasa perlukan awak,dan tak pernah terdetik sekalipun, di hati dan fikiran saya. nak buang awak dari hidup saya.


tetapi kita berpisah juga. maafkan saya atas apa yang berlaku. sesungguhnya saya terlalu mengikut perasaan. jika saya bersabar dengan awak, dan tunggu perubahan awak ini semua pasti tak terjadi. saya cuma nak tanya sesuatu pada awak ? adakah apa yang saya rasa, awak turut merasa ? :'( perpisahan kita biarlah hanya kita yang tahu. 

mencintai seseorang tak bermakna memiliki dirinya, tak memiliki dirinya tak bermakna berhenti mencintainya.


semasa saya menulis semua ini, tipu kalau saya tak titikkan sezarah airmata sekalipun kerana semuanya datang dari hati saya yang ikhlas.dan semasa awak membaca semua ni, saya harap awak faham segala-galanya. saya harap kita masih berkawan walaupun saya tahu awak sudah mencuba menjauhkan diri dari saya kerana ingin menjaga hubungan saya dan dia.