1.0 Pendahuluan
Anatomi ialah bidang sains yang berkaitan
dengan struktur tubuh manusia. Anatomi juga dikenali sebagai morfologi atau
sains bentuk. Bidang ini adalah satu kajian sains yang membanggakan kerana
telah bermula sejak 23000 tahun yang lalu. Displin ini adalah suatu bidang
biologi yang berprestij pada awal abad ke -19 dan masih merupakan bidang sains
yang dinamik dan berkembang.
Anatomi ialah bidang sains yang luas skopnya dan
merangkumi beberapa subdisplin seperti anatomi kasar ( gross ) dan mikroskopik.
Anatomi kasar mengkaji tentang struktur tubuh yang dapat dilihat dengan mata
kasar seperti struktur tulang, paru-paru dan otot. Anatomi berasal daripada
perkataan Greek yang bermaksud “ memotong atau membelah anggota badan ” untuk
melihat strukturnya. Anatomi kasar
terbahagi kepada:
i.
Anatomi kawasan ( regional )
• Semua
struktur dalam bahagian atau kawasan tubuh yang dikaji secara berkumpulan.
Sebagai contoh, anatomi bahagian abdomen atau kepala.
ii.
Anatomi bersistem ( systemic )
• Semua
organ yang mempunyai fungsi yang berkaitan antara satu sama lain akan dikaji
secara bersama. Sebagai contoh, apabila kita mengkaji sistem otot, kita akan
mengkaji semua kompenan sistem otot. Pendekatan anatomi bersistem ini sesuai
bagi melihat hubung kait antara struktur dengan fungsinya.
iii.
Anatomi permukaan ( surface )
•
Kajian ini melibatkan struktur-struktur tubuh yang dapat dilihat dan dirasa
pada permukaan tubuh.
Anatomi mikroskopik atau
histologi ialah kajian tisu dengan bantuan mikroskopik penting kerana banyak
proses fisiologi dan penyakit berlaku pada aras sel.Anatomi berkait rapat
dengan fisiologi iaitu berdisplin yang mengkaji fungsi tubuh. Sebagai contoh,
tulang-tulang kaki yang tebal dan pamjang seperti femur, tibia dan fibula dapat
menyokong berat badan kita. Namun, sekiranya tulang itu lembut dan nipis,
keupayaan tulang untuk menyokong berat badan berkurangan.
Fungsi-fungsi Anatomi dan Fisiologi antaranya
ialah :
•
Menolong kita merancang program seperti mengetahui senaman yang selamat dan
spesifik untuk otot dan sendi tertentu.
•
Menyedari had-had tubuh badan dalam melakukan aktiviti fizikal.
•
Memahami fungsi dan kegunaan dalam penjagaan kesihatan diri dan aplikasi
aktiviti sukan-aktiviti sukan
•
Sebagai asas untuk memberi teknik-teknik lakuan suku serta pengaplikasian
sukan.
Contoh
:
Fungsi
sendi.
Membantu
kita untuk memahami senaman yang sesuai dilakukan bagi mengelakkan masalah
kesihatan.