titian hidup ini: June 2012

andai kau kenali dunia ini.. pasti kau kenali penciptaNya..
andai kau faham suara hati ini.. pasti kau takkan sakiti hati ku lagi..

kawan2 saya

jangan bising la



salam..

nak tau apa yg terjadi semalam? cam ni ceritanya.

semalam saya penat sangat soo dalam kul 10malam saya terus tidur. roomate saya pun da tidur waktu tu, saya ingatkan semalam hari tidur awal satu dunia! hehe

tiba-tiba sangkaan saya tu meleset sama sekali! dalam pukul 12 saya dengar bunyi bising-bising ingat ada kebakaran ke kecurian ke, rupa-rupanya jiran sebelah tengah syok-syok main keyboard la, cakap yg sangat kuat, ketawa mengilai-ngilai, lau korang berada dalam situasi saya marah tak? da la tengah sedap-sedap tidur boleh plak mereka berpesta! saya sabar je waktu tu, tapi makin lama makin menjadi lak bisingnya. tengok roomate saya dah pusing ke kiri ke kanan siap tutup telinga dgn bantal lagi! saya try gak buat cara tu (tutup telinga dengan bantal) makk aii cam tak function je! see korang boleh bayangkan tak betapa bisingnya mereka!

soo apa lagi! tindakan saya bangun ketuk pintu maki hamun! biaq pi la mereka tu senior ke hape ke.. sape boleh tahan hidup cm tu! kalau pukul 10 atau 11 malam boleh la bersabar lagi! ni tak da pukul 1230 masih nak berpesta, ape benda tu! lepas je saya maki hamun, masuk bilik hempas pintu (saje action lebih sebab nak suruh mereka faham sikit kita betul2 marah) lepas dari tu memang aman dunia! puas hati n lena tidur.


soo pada korang yg baca ni, tolong la hormat jiran sikit, nak berpesta boleh tp tengok la masa jugak. kalau kena marah jangan nak tacing lebih sbb tu sume salah kita jugak. pada yg hadapi situasi cam saya, baik la korang buat cara cam saya, kalau hari-hari bagi muka kat golongan cam ni, tidur lewat n bangun lambat la jawabnya.







MALAYSIA tumpaskan FILIPINA

salam..



MALAYSIA dapat tumpaskan FILIPINA sebanyak 7-0!!!!!
alHamdulillah.. syukur sangat!! walaupun tengok score je, tp hati tetap berdegup kencang!! bila da 4-0 setiap kali bunyi mesti mengharapkan MALAYSIA yg menjaringkan goal!! hihi

ni adalah pemain yg menjaringkan goal bg negara kita

Rozaimi 3", 35", 70"', 74" Fandi 32" Zaharulnizam 40" D Saarvindran 90". 


ini ialah ketujuh-tujuh jaringan malaysia
credit to tv3  

apa-apa pun tahniah my heroes..

next game kita akan bertemu TAIWAN.. 












perlawanan ke 2 MALAYSIA vs FILIPINA

salam

Sumber : IDRBSM
sesungguhnya untuk perlawanan hari ni kita tak dapat melihat harimau muda beraksi disebabkan tiada live!! grr

sebabnya apa yg saya dapat tahu match kali ni kita just berlawan kat stadium kecil sahaja soo stadium tu tak mampu menampung elektrik!! soo takde la live. 

apa-apa pun saya berharap HARIMAU MUDA dapat menewaskan FILIPINA!! walau tak dapat tengok permainan mereka, doa dan sokongan dari peminat bola sepak sentiasa mengiringi mereka!!

gud luck my heroes :D
semoga membawa balik kemenangan

boleh check result di SINI

p/s utk melayakkan diri ke tempat ke 2 MALAYSIA kena mendapat jaringan yg lebih besar dr MYANMAR. means lebih dr 5 jaringan!! 
YA ALLAH, harap mereka berjaya :')






fokus saya

salam..

fokus saya sekarang!!


sori sori sori sebab da 3 hari tinggalkan blog ni sorang-sorang.. kesian sgt! bukan pe busy sangat!! bukan busy buat eseimen ke ape ke busy duk umah mak mertua . eh bakal la :D

dan bukan itu sahaja, kat sana takde 3g soo susah sikit nak connect internet maklumlah pakai broadband jek :P ape-ape pun  saya happy duk sana n dapat luangkan masa ngan family future husband insyaALLAH! ehh da la, malas nak cakap sal ni. hehe

ehh sekarang da start AFC U-22 CUP kan. so semestinya saya berfokus pada MALAYSIA. tapi malangnya MALAYSIA kalah di tangan KOREA! sedih sangat!! harap sangat HARIMAU MUDA dpt masuk ke semi final!! memang la bukan calang-calang tapi saya sgt berharap!! jadi tuk melayakkan diri MALAYSIA harus menang baki 5 perlawanan lagi! doakan MALAYSIA ye kawan-kawan  :'(

oke da abes sal tu! korang tahu tak MALAYSIA pun menjadi tuan rumah ASIAN CUP ni! tapi tuan rumah bagi kumpulan C la! nak tahu saya pun pergi tahu! hihi.. kat stadium hang jebat, mana-mana yg berhampiran tu boleh la datang sebab masuk percuma!! saya tengok pun waktu IRAN vs QATAR! first time tahu tengok bola international team yg lawan! huhu sangat teruja! 

oke la! nak cte tu je sepanjang mehilangkan diri baru-baru ni. hehe .. lagi sekali nak ingatkan, PLIZ DOAKAN HARIMAU MUDA KITA DAPAT LAYAK KE SEMI FINAL!! saya sangat berharap, kalau tak layak saya la orang paling sedih :'( ..

p/s tekan sini kalau nak tahu keputusan bagi MALAYSIA atau pasukan-pasukan lain 








JANGAN MENGELUH



.............. Buat pembaca dan diri saya sendiri pada hari jumaat ini .............. 




KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka… ?
- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB
"… ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12




Berapakah umur terbaik untuk berkahwin?





salam


Silakan jawab soalan tersebut ye sebelum anda membaca dengan lebih lanjut!! Hehe
Sebenarnya hari tu kumpulan saya ada buat forum tentang kelebihan dan kekurangan kahwin awal. Heyy syok taw tajuk tu.. hehe

Bagi saya kalau nak kawen awal mana pun better bermula dengan umur 18 atau 19 tahun. Kalau awal drpd usia ni macam tak sesuai je.. tak tahu la pulak pendapat awak kn. Info yg saya dapat ada mengatakan bahawa tubuh kita mencapai kematangan seksual sekitar lewat remaja. Lewat remaja tu dalam usia 18 or 19 tahun tu la! Ops jangan la malu-malu! Haha info kan.. (eleh padahal kau pun malu kn!) selain drpd kematangan seksual tu gak kalau nak berkahwin ni seharusnya sudah mempersiapkan emosi dan mental! Kalau tidak, tak sempat nak sabut anniversary perkhawinan pertama da si suami atau si isteri masuk hospital mental! (mintak jauh la Ya Allah) sori, sekadar gurauan..

Lastly, nak cakap bila da betul-betul bersedia nak memegang tanggungjawab dalam rumah tangga dan menghadapi cabaran-cabaran baru boleh fikir pasal kawen! Jangan nak kawen sebab fikir perasaan sayang je yep! Hee


 Sorry, saya belum bersedia. HEHE



GEMUK?? NO!!

NI LA SAYA..
salam..

SAYA DA GEMUK! haha.. PIPI da makin tembam.. HAHA
BF pun da perasan! GRR.. 
tp naseb baik my frends sejukkan hati saya cakap saya  makin kurus. hihi..
thanks saya suke bila org cakap saya kurus, tapi saya tacing kalau orang cakap saya gemuk! hehe..
yela, sape la yg nak gemuk kan.. soo kalau taknak gemuk diet la!
ehh saya dapat kurangkan berat badan sebanyak 7KG taw dr 55KG n now da +/- 50.. huhu.. hebat kan..

55KG wakkaka


50KG .. :D

haha.. act saya bukan gemuk sangat pun, tapi ntah la bese la perempuan kn, tak gemuk sangat pun mesti fikir macam da gemuk giler.. hekhek.. HAKU LETTEW!

p/s act malu sebenarnye tayang-tayang muka.. huahuahua.. 





tak suka TIMELINE




salam..
sape lagi kat sini tak suke timeline.. HEE
saya adalah orang yg paling tak suka!! 
bukannya saje-saje tekan tapi disebabkan terbace satu artikel tu bile da click terus FACEBOOK saya bertukar kepada TIMELINE.. grr
sakit hati tak?? hehe
padahal saya la orang pertama akan gelakkan kawan-kawan bila mereka merungut FB mereka da bertukar timeline nak-nak lagi my BF tu.. haha

haa lepas tu nah hambek kau, gelakkan orang lagi yee, terus FB saya lak bertukar.. grrr




berubah itu bagus



SALAM..

nampaknya cuti sem saya da nak habis, soo bermula la kuliah bagi cikgu-cikgu pelatih hari isnin ni. OPS jangan jeles, kami yg duk NEGERI SEMBILAN cuti lagi! hee... soo kami akan start kuliah hari selasa. nampak gayanya jadual semakin pack! hari selasa, rabu, khamis ade kelas petang.. MAK AII da la PJ pun petang dalam kul 2.30 smpi 4.30, dan pada waktu tersebut la matahari tgh terpacak. nampaknya da tak boleh la nak jadi puteri lilin sangat kn.. HAHA padan muka aku!

buka sem baru ni juga kami akan dapat taw resul sem lepas. agak-agak berapa la kn.. saya harap dapat kekalkan result sebelum ni, dapat 4 FLAT lagi sekali pun bagus! hopefully sangat! doakan saya yep kawan-kawan.

jadi sempena nak buka sem baru ni saya nak rajin sikit la kan...tadi baru je dengar motivasi tentang rajin-rajin ni. sebab tu saya pun semangat nak jadi dak rajin neh. hehe.. yg paling saya ingat sampai skrg kata-kata pakar motivasi tersebut ialah kita ni tak boleh atau jangan sesekali sebut perkataan malas. contohnya kalau kawan kita ajak pergi buat study group, kita pulak time tu tengah malas-malasan, walupun kita malas, jangan cakap malas. (bape byk kali malas da) . soo kita cakap la cm ni, tak pe la, INSYAALLAH ke, kalau saya takde pape masalah saya datang atau sebagainya yg penting jangan cakap malas oke ?? aikk malas lagi, harap korang faham la ek. sebab kita tak dibenarkan cakap malas ni ialah nanti kita da mind set tau yg kita memang malas nak pergi. tapi kalau kita guna alasan lain, mana taw tiba-tiba datang angin rajin tu. faham?? saya pun tengah apply ni, harap menjadi la.. HEE













tindakan anda ??



salam.. 

nak cakap sikit je n nak mintak idea awk!
katakan awk sedang cuti skrg, dan awk rasa nak bekerja.
soo awk pun bekerja untuk kali pertama.
dan di akhir hari awk da nak berhenti kerja sbb da habis cuti awk pun dapat gaji.
tapi malang tidak berbau, duit gaji awk tu hilang... TINDAKAN ANDA??

act sedih sgt, sebab peristiwa ni berlaku kat saya :( 
penat-penat bekerja duit hilang, TUHAN je taw betapa sedih hati ni sebab tu kan hasil penat lelah kita lebih-lebih lagi bila kita da plan nak buat pe dengan gaji tersebut. 

hati masih lagi sedih :'(






POLITIK ??


Salam..

Nak cakap sal POLITIK sikit buleh tak.. Sori la lau tajuk hot sikit. Dak bawah umur x ley bace.. hehe Maklumlah, umur pun da 21tahun kan, so tak salah kalau saya nak bersuara sedikit. Erm saya tak mau tekan pasal parti sana or parti sini cuma nak sentuh sikit sal rakyat MALAYSIA ni termasuk la diri saya sendiri.

Idea ni pun muncul waktu saya dan family pergi bercuti di KELANTAN. Tak kisah la di mana-mana pun, cuma di sana saya ada mempelajari sesuatu. Oke waktu kami bercuti tu, bukan family saya je yg ada, family dr adik-beradik mak pun ada sekali, lebih kurang dalam 5buah keluarga di sana.

Dalam perjalanan nak balik dari WAKAF CHE YEH tu, tetiba abang saya cakap sal gaji menteri, oke memang tak dapat dinafikan bahawa gaji menteri dari SINGAPURA adalah gaji paling tinggi di dunia. Huhu haruslah ingat senang nak mengawal ekonomi Negara tanpa sumber yg tidak ada di Negara tersebut. Walaupun tiada sumber ekonomi mereka tetap berjalan lancar.

Bukan nak bercerita sal menteri sana, nak bercerita sal POLITIK sini. Entah macam mana tetibe tercakap sal politik MALAYSIA lak. Yang paling saya ingat sal skrg ayah sedara saya dari SINGAPORE cakap MALAYSIA sekarang terlalu taksub dengan politik. Kalau tengok Negara dia atau mana-mana Negara rakyat hanya akan membicarakan pasal politik kalau hampir dengan pilihan raya. Lepas saja pilihan raya, semua rakyat menjalankan kehidupan seharian macam biasa, takde nya nak buat demostrasi la, perhimpunan la, kutuk sana kutuk sini, cari kesalahan orang sana cari kesalahan orang sini, takde pun. Soo anda cam mana? Tak ke kita sedar memang betul pun apa yg diucapkan buktinya sekarang, nak dekat pilihan raya ke da habis pilihan raya ke mulut ni asyik nak berbicara pasal politik je, sampai bila entah nak habis. Huhu jangan tacing, sebab saya pun cam tu tak habis-habis duk cakap sal politik. Haha. Tapi tu la ambil ikhtibar oke, saya pun da malas nak ambik tahu, Cuma mengharapkan pemerintah skrg dapat mentadbir Negara dengan sebaiknya dan kita sama-sama menjaga keamanan Negara.

Saya juga setuju dengan ucapan TUN DR MAHATHIR, beliau cakap ….. KALAU RAKYAT MEMANG TAK SUKA DENGAN PEMERINTAH SEKARANG KENAPA TAK MEREKA TUNGGU JE PILIHAN RAYA DAN JUST UNDI PEMERINTAH PILIHAN SENDIRI, TAK PERLU NAK BUAT ITU BUAT INI.

SEE, betul kan apa yg beliau kata. Kalau awak tak bersetuju, sori la k ni semua luahan hati saya. Kalau boleh, saya harap da takde lagi perhimpunan, cakap buruk sana cakap buruk sini tak kisah mana-mana parti politik sekali pun. Just my HOPE n mungkin harapan anda juga..

Wassalam..






tekanan




SALAM..
hARI ni nak cakap sl stress/tekanan/ tension. Boleh dikatakan setiap hari kita ni sentiasa tekanan (tension). Tak kisah la sebab kerja ke, study ke, kewangan ke, masalah keluarga, gaduh dengan bf/gf even tension sebab kesesakan lalu lintas. Eh eh tekanan ni sebenarnya bahaya taw kalau tidak dikawal sebabnya tekanan boleh meningkatkan paras hormone kortisol. Hormone ini boleh merangsang selera makan dan menyebabkan masalah pertambahan berat badan! TIDAK……


Ni nak bagi tips sikit cara boleh redakan tekanan 
  • Jauhkan diri drpd tempat/persekitaran yg boleh beri tekanan kpd kita. Lebih baik kalau bersendirian.
  • Jaga badan dgn ambil makanan yg seimbang dan rehat secukupnya.
  • Bersenam . sebab dapat melarikan fikiran drpd duk memikirkan perkara yg membebankan! Kalau tak nak bersenam pun boleh, buatlah rajin memasak ke, kemas rumah, bilek, study dan sewaktu dengannya.
  • Belajar bertenang. Elak drpd melakukan sesuatu di luar kawalan.
  • Cerita masalah dgn orang yg boleh dipercayai. Meluahkan masalah juga adalah cara bagi meringankan tekanan.





katakan tidak pada CURANG



salam..

tetibe malam ni nak cakap sal ni! sebabnya tadi ada dengar perbualan seseorang!
he says "erm aku dah malas da la ngan si A tu, serabut betul! asyik fikir bukan2 je, serabut aku! bauk dengan si B ni, kawan lama aku, lagi CANTIK. "

huhu kalau da ada orang lain macam-macam alasan kau keluar kan??dulu waktu kau kenal si A ni tak de pulak kau nak mengata si dia kan, memuji ada la! tak kira la laki ke perempuan ke sama je! SETUJU TAK??

tapi aku tak nak salahkan satu pihak juga kat sini! yg si A tu pun satu, da tau pasangan kau tu betul2 baik dengan kau, jangan la kau nak buat dia sepenuhnya hak milik kau! soo aku nak nasihat sikit kat mana2 pasangan jangan terlalu cepat berprasangka buruk dan cemburu lebih2 sangat! orang tak suke taw! mula2 memang la boleh terima tapi lama2 pasangan awk tu akan jadi tension taw!

sebabnya banyak lagi pasangan anda tu nak fikir! kerja lagi, study lagi, kewangan lagi dan macam2 la! jadi jangan menyesal kalau satu hari nanti dia tinggalkan awk, sebab perangai awk yg annoying ni! macam peristiwa kat atas tu! (berdasarkan pengalaman n dengar perbualan si polan dgn si polan) hehe..

kalau tak caya, cuba lah! haha.. berani ke?? kalau korang tak sayang, bolehla.. kalau sayang tolong ubah perangai oke! jangan terlalu berprasangka buruk sangat! tak salah nak berprasangka sikit sebab kita memang tak boleh percaya pasangan kita 100% . tp jangan la sampai 24jam asyik nak tanya bukan2 je. sampai lambat angkat call or pasangan tu ade kerja sikit da macam2 andaian kau buat! kan da gado!

kalau gadoo kecil2 takpe, ni sampai gado besar! haa waktu korang mula bersikap cam ni la, di mana anda sedih bersedih sbb tindakan anda sendiri, si dia pula sibuk buat plan! AHHH CARI ORANG LAIN LA. PENAT DA AKU MELAYAN DIA NI! haa soo mahu ke anda menjadi sebegini!

oke la da taknak cakap banyak! sila ambil ikhtibar k. pada pasangan tu pula, kalau boleh sabar, sabar la sikit oke. kalau si dia tetap berperangai cam tu, saya pun tak tahu nak cakap cam mana! mungkin anda sendiri boleh buat keputusan. oke bye


semoga perhubungan anda berkekalan, insyaALLAH :)



hujan dan rindu




salam..


harini tetibe rasa nak jiwang-jiwang. hujan tengah malam ni buat hati jadi rindulah. haha nak ngumpat lettew, alahh korang pun mesti pernah terjiwang layan perasaan sorang-sorang dalam bilik bila hujan kan? 

oke, semenjak berjauhan dengan si dye ni terasa cam lain macam la! Aikk.. jangan fikir bukan-bukan dulu! Yela, semenjak bercinta mana pernah berjauhan sangat pun! setiap minggu mesti jumpa punya at least satu kali! tu pun nasib baik seremban dengan melaka tu jauh sikit, kalau dekat hari-hari jumpa agaknya. hehe 

tapi, saya bukan rindu dia sorang je! soo si dia jangan perasan sangat! saya rindu juga kat family dia, al maklumla setiap kali jumpa hujung minggu mesti bertandang kat rumah dia. kadang-kadang bermalam rumah dia! ehh kalau nak taw, parents dia da berkenan kat budak sorang ni! budak yg lemah lembut sangat ni! (erkk lemah lembut sangat kee?) 

kalau nak taw, kalau saya lama tak datang rumah parents si dia, nanti mereka lak yg lebih2 tanya 'dak jija tak datang sini ke'.. haa sebab tu la, saya pun merindui mereka, sbb sikap mereka menerima saya dan layani saya macam menantu kesayangan mereka dah!! haha

jadi sekarang, memang saya akui rindu dia sangat2!! nak lafaz kat mulut, MALU!! soo kat sini je la.. tu pun kalau si dia baca. oke la da tak nak cakap lebih2 nanti bertambah malu lak. yang penting sekarang kena banyak berdoa semoga hajat saya diperkenankan. 

Semoga dia ialah jodoh dunia akhiratku...




cuti buat apa ??

salam..

haha.. da seminggu cuti tp baru nak tanya nak buat apa..
hurm korang mesti da byk plan sebelum cuti kn??
saya je la duk rumah jaga anak2 buah! huhu
but its oke, saya suka cz boleh buli! hehe
al maklum lah takde adik katakan..
tp ade anak buah ni, perasaan jeles tetap ade!
adoii bile la boleh buang perasaan ni! ngan anak buah sendiri pun nak jeles bila my mum lebihkn mereka!! hehe.. tak senonoh kan perangai cam ni??
apa boleh buat, tengah nak ubah la ni. aishh :D (tipu tipu)

hee.. sebenarnya kami satu family baru buat plan tuk nak habiskan cuti seminggu lagi ni untuk jalan-jalan KELANTAN!
buat FAMILY DAY gitu!! auchh cam sweet je! tak sabar sangat nak tunggu hari tu!
insyaALLAH hari isnin nanti kami akan berangkat ke sana.. maybe seminggu kut!
tapi my parents cam tak nak lama2 je.
oke kami adek beradik nak tunggu je, takot nanti mereka lak yg malas balik! (eh eh boleh pulak) haha

hari ni saya happy sangat sebabnya tak taw?? ngee
maybe sebab dapat berita ni kut! yela seminggu duk rumah..
soo dgr plan cam ni la yg jadi excited betul

Malaysia versus Filipina


salam..
ada sape2 yg pergi x.. untung la yg pergi tu.. macam ayat jeles x?? memang jeles pun. haha.. tapi xpe, sy tetap bg sokongan di rumah.. harap2 kita menang friendly kali ni.. da lama betul tak tengok HM saya ni beraksi.. hehe..



Di bawah mentari ataupun purnama malam
Teruskan menerkam walau lampu limpah padam
Dalam hujan ribut walau cedera dan luka
Teruskan menghayun walau dua mata buta


Bangun.. Bangun
Bangun harimau bangun
Jangan tidur lagi
Seteru sudah datang

Bangun (bangun)
Bangun (bangun)
Bangun harimau bangun (bangun)
Padang keramat ini
Jangan digadaikan


Sfera pun berpusing, musim demi musim
Di padang bertuah ini ku masih bermukim
Bumi yang ku huni ini baktinya teramat
Sakti dan keramat, ku pastikan selamat

Di sinilah duniaku tempat berhabitat
Tempat terbentuknya peribadi juga sifat
Hubungan diikat, minat ligat dipergiat
Tempat belajar memikat dan tendangan lipat


Harimau sekawan aku chill tidak porak
Pemain, penyokong tak lupa pasukan sorak
Kita mungkin tiada darjat, tapi banyak bakat
Budak flat juga mampu tuk berjasa pada rakyat

Jadi harimau sekalian, bulatan, perhatian
Kapitan bisikkan titipan unit perisikan
Asah kuku taring kerna sikit lepas isyak
Musuh mahu datang rompak bumi yang dipijak

(bangun harimau bangun)

Bangun.. Bangun
Bangun harimau bangun
Jangan tidur lagi
Seteru sudah datang

Bangun (bangun)
Bangun (bangun)
Bangun harimau bangun (bangun)
Padang keramat ini
Jangan digadaikan


Rombongan mereka besar lengkap bomoh pawang
Datang tuk mencemar rumput dan meroboh gawang
Lagak bersahaja, berjenaka dan ketawa
Seolah-olah harimau malaya tidak bahaya

Ini padang kami tiada siapa boleh ambik
Yang mencabar sedia tuk dicakar dan dicarik
Susun yang terbaik, sebelas, mulakan randik
Siapa menang dabik, kalah tabik, balik, tiada timbal balik


Di bawah mentari ataupun purnama malam
Teruskan menerkam walau lampu limpah padam
Dalam hujan ribut, walau cedera dan luka
Kita tetap kan menghayun walau dua mata buta

Tiada wang bertaruh, bertarungnya demi maruah
Demi aspirasi warga tanah tumpah darah
Jangan ingkar titah raja, bangkit dari dengkur
Dari mati dalam tidur baik dalam tempur

(bangun harimau bangun)

Bangun.. Bangun
Bangun harimau bangun
Jangan tidur lagi
Seteru sudah datang

Bangun (bangun)
Bangun (bangun)
Bangun harimau bangun (bangun)
Padang keramat ini
Jangan digadaikan


Yang di hadapan pastikan terus maju
Yang di belakang pastikan terus kukuh
Mereka datang macam tamu, kita jamu
Mereka datang macam musuh kita


Bangun (bangun)
Bangun (bangun)
Bangun harimau bangun (bangun)
Jangan tidur lagi
Seteru sudah datang

Bangun (bangun)
Bangun (bangun)
Bangun harimau bangun (bangun)
Padang keramat ini
Jangan digadaikan


Di bawah mentari ataupun purnama malam
Teruskan menerkam walau lampu limpah padam
Dalam hujan ribut, walau cedera dan luka
Teruskan menghayun walau dua mata buta


Bangun (bangun)
Bangun (bangun)
Bangun harimau bangun (bangun)
Padang keramat ini
Jangan digadaikan


khas utk my super hero.. jum tgk malam ni pukul 845malam


kepada mereka yg bergelar anak




‎:: αpαbilα ibu bαpα menαngis kerαnα bαnggα dgn αnαknyα, 
mαkα terpαdαmlαh αpi nerαkα yg ingin membαkαr αnαknyα itu..

Keredhααn Allαh, terletαk pαdα keredhααn ibu bαpα 
dαn 
kemurkααn Allαh, terletαk pαdα kemαrαhαn ibu bαpα..

dan 

αpαbilα IBU kitα menghembuskαn nαfαs terαkhir.. 
mαkα hilαnglαh sudαh sαtu keberkαtαn dαri Allαh terhαdαp kitα,
iαitu 
doα dαri IBU terhαdαp αnαk²nyα..
...


Wahai Anak....

Jika kamu tidak mampu menolong ibubapa mu maka jangan menyusahkan mereka.

Jika kamu tidak mampu menggembirakan mereka maka jangan membuat mereka sedih.

Jika kamu tidak mampu membuat mereka tersenyum maka jangan membuat mereka menangis

Jika kamu tidak mampu membanggakan mereka maka jangan kecewakan mereka.

#hargailah mereka sementara mereka masih hidup didunia ini.~~